suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tak menyesal, pemandu mabuk angkat jari tengah selepas dihukum penjara 16 bulan

Dalam perbicaraan itu, Roe dijatuhkan hukuman penjara 16 bulan dan digantung lesen selama 18 bulan.

BAGAI tiada penyesalan.

Begitulah kisahnya mengenai pelukis tatu, Scott Roe yang menunjukkan isyarat jari tengah selepas dijatuhkan hukuman di mahkamah.

Lelaki berusia 39 tahun itu mengaku bersalah memandu secara mabuk dalam kejadian yang berlaku di Bedworth, Warks pada 13 Julai tahun lalu.

Roe tidak mengalami sebarang kecederaan, sebaliknya dua mangsa yang dilanggar terperangkap dalam kereta mereka selama dua jam.

Dalam kejadian itu, Roe menaiki Mercedes CLA220 sebelum melanggar sebuah Audi yang dinaiki dua mangsa itu.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Mangsa pertama, Chelsea Sidwell, 19, mengalami hentakan pada lutut kiri dan kaki serta kecederaan ligamen dan terpaksa ditolak di atas kerusi roda selama tujuh minggu selepas kejadian itu.

Ibunya pula, Kelly Merridew, 39, mengalami retak tulang pelvik serta kecederaan lutut dan bahu.

Dalam perbicaraan itu, Roe dijatuhkan hukuman penjara 16 bulan dan digantung lesen selama 18 bulan. - Daily Star.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain