suria

Pelik-pelik perangai... Wanita asyik menjilat barang di pasar raya

JODIE Meschuk mendapat sokongan tegar pengikutnya yang merupakan golongan anti vaksin di Amerika Syarikat. — AGENSI.

SEORANG wanita bertindak tidak masuk akal apabila merakamkan aksi menjilat semua barangan di sebuah pasar raya bagi membuktikan bahawa kuman dapat menguatkan sistem imunisasi manusia..

Jodie Meschuk dari Colorado, Amerika Syarikat berbuat sedemikian dan berkongsi rakaman itu di media sosial miliknya, selain didakwa cuba mempengaruhi orang ramai supaya tidak takut pada virus Covid-19, lapor Ladbible.

Dalam video yang dimuat naik di Instagram peribadinya itu, Meschuk menunjukkan rakaman ketika dia memasuki sebuah pasar raya tempatan dan menjilat semua barang yang dipegangnya termasuk troli beli-belah, pemegang pintu dan juga peti sejuk.

Dia turut memberitahu dalam video itu bahawa pendedahan terhadap kuman dapat membina pertahanan terhadap asma dan alergi. Jelasnya lagi, mikroba juga boleh membantu pencernaan.

Video itu difahamkan telah mendapat lebih 2,000 tanda suka sebelum dihapuskan baru-baru ini.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Sebelum ini, Meschuk pernah menjadi tumpuan media tempatan susulan dakwaan liar bahawa dia telah menemui kaedah untuk memulihkan masalah autisme.

Dia juga popular dalam kalangan anti vaksin di Amerika Syarikat serta mendapat sokongan komuniti berkenaan yang menjadi sebahagian daripada 16,000 pengikut di laman sosial Facebook miliknya.

Sementara itu, Sejarawan Alam Sekitar, David Attenborough memberi teguran atas tindakan golongan anti vaksin yang tidak peduli soal kesihatan dalam keadaan pandemik Covid-19.

Menurutnya, masyarakat tidak boleh terpedaya atau mempercayai dakyah palsu yang cuba dikelirukan golongan tersebut.

"Dakwah anti vaksin adalah satu kejahilan yang bercanggah dengan fakta, orang ramai perlu prihatin dengan kesihatan semasa dan tidak sewenangnya percaya dengan pembohongan mereka.

"Kesihatan amat oenting dan tindakan yang mengundang penyakit hanya akan menyebabkan masyarakat lain menjadi mangsa. Lihat saja bagaimana Covid-19 menjejaskan kita semua," ujarnya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

facebook, instagram, video, kesihatan, pelik

Artikel Lain