suria

Setia hingga ke hujung nyawa, wanita hembus nafas terakhir 12 jam selepas suami maut angkara Covid-19

May, 71, dan John, 73, sudah 50 tahun mendirikan rumah tangga bersama sebelum kedua-duanya meninggal dunia akibat Covid-19. — AGENSI.

SEORANG wanita menolak untuk menerima rawatan lanjut Covid-19 selepas menyaksikan suaminya meninggal dunia di akibat virus berkenaan, lapor Mirror.

May Cropley, 71 yang berasal dari Scotland dilaporkan meninggal dunia 12 jam selepas melihat suaminya, John, 73, pergi buat selama-lamanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Siti Sarah tak sempat ambil vaksin, virus Covid-19 gagalkan organ utama - “Paru-paru Sarah almost penuh virus”

ARTIKEL BERKAITAN: Batuk selepas bebas Covid-19? Lakukan latihan pernafasan ini!

Pasangan yang sudah 50 tahun mendirikan rumah tangga itu dilaporkan sudah divaksinasi sepenuhnya tetapi mempunyai sejarah masalah kesihatan yang serius.

May pernah menderita dengan kanser serviks pada tahun 2009 dan mengalami keadaan autoimun yang dikenali sebagai sindrom Good, yang menyebabkannya mudah diserang penyakit.

John pula mempunyai masalah radang pembuluh darah yang memberi kesan kepada jantungnya.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Sepupu May, Janet McKay berkata, semuanya berlaku dengan begitu pantas dan mengakui terkejut dengan perkhabaran itu.

“"Mereka tidak tahu bagaimana mereka mendapat virus tersebut, tetapi dalam tempoh beberapa hari saja keadaan mereka menjadi teruk," katanya.

May juga dilaporkan sempat menyanyikan lagu Amazing Grace sebelum meninggal dunia dan pasangan suami isteri itu kemudiannya dikebumikan bersama-sama.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

covid-19, rawatan, virus

Artikel Lain