suria

Siti Sarah tak sempat ambil vaksin, virus Covid-19 gagalkan organ utama - “Paru-paru Sarah almost penuh virus”

Shuib terkilan Sarah tak sempat ambil vaksin.

BEBERAPA jam selepas Allahyarham Siti Sarah selamat dikebumikan, suaminya Shuib Sepahtu mendapat kekuatan berkongsi apa yang berlaku sepanjang dia dan keluarga berdepan virus Covid-19.

Shuib berkata, dia terkilan arwah tidak sempat untuk mendapatkan vaksin yang mungkin menjadi sebab kepada kematiannya pada pagi Isnin.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] “Anak-anak belum tahu lagi...” - Shuib

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Siti Sarah selamat dikebumi berhampiran kubur ibu

Menerusi Instagram live yang diadakan pada petang Isnin, Shuib berkata virus berkenaan begitu cepat merebak ke bahagian paru-paru sehingga gagal berfungsi dengan baik.

"Isteri saya belum divaksin... paru-paru dia almost penuh dengan virus Covid-19 sehingga menyebabkan sukar untuk proses oksigen dan organ badan dia tidak dapat berfungsi dengan baik. Doktor beritahu jika sudah ambil mungkin ia tidak akan seteruk ini.

"Ada nurse minta saya sampaikan agar dapat sedarkan rakyat Malaysia tentang (kepentingan) vaksin. Covid-19 ni bukan main-main.

"Kalau berpeluang ambil vaksin, pergilah ambil vaksin. Kematian akibat Covid-19 berlaku hari-hari. Apabila dah jadi macam ini, there is no u-turn," katanya.

Selain itu, Shuib turut berkongsi detik ketika dia menyampaikan khabar sedih tentang kematian Siti Sarah kepada tiga anaknya sebaik sahaja dia pulang ke rumah selepas pengebumian arwah isterinya.

Kata, Shuib ia menjadi saat paling sukar untuknya sehingga mengambil masa yang agak lama bagi menjelaskan kepada anak-anaknya itu.

siti sarah

Shuib kumpul kekuatan beritahu anak-anak ibu mereka sudah tiada.

Akui Shuib, anak ketiganya Ariq Matin, 6, tahun masih belum memahami perkara yang berlaku namun menangis teresak-esak kerana rindukan ibunya.

"Ini dugaan paling berat, saya cekalkan hati ambil air sembahyang lepas Asar tadi terus saya duduk di ruang tamu beritahu anak-anak yang ibu mereka dah tiada.

"Saya cakap pada mereka ibu dah tak akan balik rumah lagi... mereka semua terdiam masa tu. Matin tak faham tapi dia menangis teresak-esak sebab dia paling manja dan sangat rindukan ibu dia.

"Ibu bukan milik daddy, Uwais, Talita, Matin dan Ayash... jadi Allah tak pulangkan ibu sebab Allah sayangkan ibu. Saya cakap ibu mereka pesan agar jadi anak soleh dan solehah, harta dia di sana adalah anak-anak dia," katanya.

Sementara itu, Shuib yang turut dijangkiti Covid-19 menerusi pembantu rumahnya memberitahu pekerjanya itu meninggal dunia pada 30 Julai.

Katanya, pembantu rumahnya dijangkiti Covid-19 selepas bersalaman dengan seorang rakan ketika keluar membuang sampah.

Saya cakap pada mereka ibu dah tak akan balik rumah lagi... mereka semua terdiam masa tu. Matin tak faham tapi dia menangis teresak-esak sebab dia paling manja dan sangat rindukan ibu dia.

SHUIB SEPAHTU

PELAWAK

"Saya sekeluarga positif Covid-19 selepas pembantu rumah turun ke bawah hanya untuk buang sampah dan dia di situ dia bersalaman dengan kawan dia.

"Daripada situ, kami sekeluarga terus dijangkiti... ingat pesanan saya jaga kesihatan, makanlah vitamin dan sentiasa jaga SOP.

“Pesan saya kalau ada duit belilah vitamin paling mahal kerana kalau ada duit banyak pun tak boleh buat kita baik kalau dah sakit,” katanya.

Menerusi Instagram live yang menerima lebih 600,000 tontonan itu, Shuib atau nama sebenarnya, Shahmira Muhammad, 37, berjanji akan terus kuat demi anak-anaknya yang masih kecil.

sarah shuib

Shuib berjanji akan terus kuat demi anak-anaknya.

Terdahulu, Siti Sarah menghembuskan nafas terakhir pada pukul 5.13 pagi Isnin di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Kuala Lumpur akibat Covid-19.

Allahyarham dimasukkan ke ICU hospital berkenaan selepas tahap oksigen menurun pada 4 Ogos lalu iaitu hari yang sama dia sepatutnya memotong gelang kuarantin.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Siti Sarah kemudiannya ditidurkan sebelum pembedahan dijalankan bagi mengeluarkan bayi dalam kandungan pada 6 Ogos lalu dan arwah selamat melahirkan bayi lelaki diberi nama Ayash Affan pada pukul 5 petang.

Penyanyi lagu Kesetiaan itu selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pusu, Gombak, Selangor pada kira-kira pukul 1.20 petang Isnin.

Allahyarham meninggalkan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq Matin, 6, Ayash Affan yang kini masih berada dalam pemantauan di PPUKM.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain