suria

[VIDEO] Siti Sarah selamat dikebumi berhampiran kubur ibu

JENAZAH penyanyi Allahyarham Siti Sarah Raisuddin selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pusu, Gombak, Selangor kira-kira pukul 1.20 petang, Isnin.

Pada majlis pengebumian itu, suami kepada Siti Sarah yang juga pelawak Shuib Sepahtu serta adik bongsu arwah, Ahmad Yazeed mengiringi sehingga ke liang lahad dengan memakai peralatan perlindungan diri lengkap (PPE).

ARTIKEL BERKAITAN: Siti Sarah meninggal dunia

Jenazah anak kedua daripada tiga beradik itu dikebumikan di lokasi sama kubur arwah ibunya, Nur Aini Mohamad yang meninggal dunia pada 26 Jun 2013 akibat komplikasi pelbagai penyakit termasuk kegagalan buah pinggang, darah tinggi dan kencing manis.

Sebelum itu urusan pengendalian jenazah diuruskan oleh pihak Pusat Perubatan Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM (HCTM) kira-kira pukul 10 pagi Isnin.

SSS

Siti Sarah, Shuib dan tiga anak mereka disahkan positif covid-19 pada 25 Julai lalu.

Suasana pilu menyelubungi tanah perkuburan dengan kehadiran lebih 100 ahli keluarga, rakan artis dan media serta peminat.

Siti Sarah disahkan meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU) HCTM kira-kira pukul 5.13 pagi.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Allahyarham dimasukkan ke ICU hospital berkenaan selepas tahap oksigen menurun pada 4 Ogos lalu, iaitu hari yang sama dia sepatutnya memotong gelang kuarantin.

Siti Sarah kemudiannya ditidurkan sebelum pembedahan dijalankan bagi mengeluarkan bayi dalam kandungan pada 6 Ogos lalu dan arwah selamat melahirkan bayi lelaki diberi nama Ayash Affan pada jam 5 petang.

Terdahulu, Siti Sarah bersama suami, Shuib dan tiga anak mereka termasuk pembantu rumah disahkan positif Covid-19 pada 27 Julai lalu.

Pasangan itu yang berkahwin pada 26 Februari 2011 terlebih dulu dikurniakan empat anak termasuklah Uwais Alqarni, 10; Dzahira Talita Zahra, 8; dan Ariq Matin, 6.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain