suria

“Syahid akhirat untuk Siti Sarah... InsyaAllah ganjaran yang sangat agung” - Imam Muda Asyraf 

Imam Muda Asyraf

PEMERGIAN Siti Sarah pada awal pagi Isnin mengundang rasa sebak dalam kalangan orang ramai terutamanya bagi mereka yang mengenali rapat penyanyi itu.

Menurut Imam Muda Asyraf, sesuatu yang istimewa apabila media sosial dipenuhi dengan perkongsian rakan selebriti dan orang ramai tentang kebaikan arwah ketika hayatnya.

"Ramai dah cerita tentang kebaikan dia, kita anggap ni kematian yang baik.

ARTIKEL BERKAITAN: Siti Sarah meninggal dunia

aARTIKEL BERKAITAN: “Tak rapat tapi pernah berurusan dengan arwah” - Imam Muda Asyraf terkejut foto dengan pengerusi surau tersebar, tak sertai ijtimak

"Orang ramai... sayang kalau orang mati dipuji dengan kebaikan, sesungguh orang itu ada tanda-tanda yang baik bagi dia," katanya ketika dihubungi mStar.

Siti Sarah, 37, menghembuskan nafas terakhir pada pukul 5.13 pagi Isnin di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) selepas ditidurkan pada 4 Ogos lalu.

Allahyarham menjalani pembedahan mengeluarkan bayi lelaki ketika kandungan berusia lapan bulan pada 6 Ogos lalu selepas beberapa jam ditidurkan.

sarahh

Shuib dan arwah Siti Sarah sering berhubung dengan Imam Muda Asyraf bertanya tentang hal agama.

Lebih menghibakan apabila Siti Sarah pergi ke negeri abadi tanpa sempat menatap bayi yang dikandungkannya itu.

Sementara itu Asyraf atau Muhammad Asyraf Mohd Ridzuan berkata pemergian Siti Sarah dianggap sebagai syahid akhirat kerana kematian disebabkan virus Covid-19.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Tambahan pula dia meninggal dalam keadaan selepas bersalin, kita tahu pregnant adalah sebahagian daripada syahid akhirat.

"Ada syahid dunia dan akhirat, syahid dunia, serta syahid akhirat... orang yang mati dalam rumah terbakar, orang mati kerana wabak dan melahirkan berada dalam kategori syahid akhirat.

Sesungguhnya dia akan dapat ganjaran yang sangat agung... sangat besar, InsyaAllah tempatnya dalam syurga,

MUHAMMAD ASYRAF

IMAM MUDA

"Ganjaran sangat besar, dalam hadis ada disebut tentang orang mati syahid.

"Sesungguhnya dia akan dapat ganjaran yang sangat agung... sangat besar, InsyaAllah tempatnya dalam syurga," katanya.

Tambah Asyraf, sebagai individu yang mengenali rapat dengan keluarga Siti Sarah, dia berharap Shuib akan meneruskan amal kebaikan yang sering dilakukan arwah iaitu bersedekah.

"Sewaktu hidup hajat dan inspirasi Sarah ialah bersedekah, jadi amalan ini boleh disambung.

"Boleh teruskan hajat dia dalam bersedekah kepada anak-anak tahfiz. Kerana dia minat ke arah itu, jadi kalau boleh perkenankanlah hajat tu agar doa tak berhenti kepada Sarah," katanya.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain