suria

[VIDEO] “Anak-anak belum tahu lagi...” - Shuib

PEMERGIAN Siti Sarah Raisuddin pada pagi Isnin masih belum diketahui oleh anak-anaknya yang kini berada di rumah.

Suaminya, pelawak Shuib Sepahtu yang ditemui mStar selepas selesai proses pengebumian kira-kira pukul 1.20 petang Isnin berkata, dia akan memberitahu berita sedih itu kepada tiga anaknya setibanya di rumah nanti.

ARTIKEL BERKAITAN: Siti Sarah hadir dalam mimpi Rebecca, anggap ia lambaian terakhir - “Sarah pakai telekung putih, senyum dekat saya”

ARTIKEL BERKAITAN: Siti Sarah meninggal dunia

"Buat masa ini anak saya belum tahu lagi, sekarang ni saya nak balik dan akan beritahu mereka, InsyaAllah.

"Ayah mertua saya Alhamdulillah okay! Saya harap apa yang berlaku ini menjadi asbab kebaikan dan kasih sayang untuk kita semua.

"Doakan urusan saya dipermudahkan dan terima kasih kepada semua yang terlibat yang bersusah payah untuk isteri saya sepanjang proses ini," ujarnya kepada mStar.

jasdj

Arwah Siti Sarah bersama Shuib dan anak-anak mereka.

Siti Sarah, 37, menghembuskan nafas terakhir pada pukul 5.13 pagi Isnin di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) selepas ditidurkan pada 4 Ogos lalu.

Allahyarham menjalani pembedahan mengeluarkan bayi lelaki ketika kandungan berusia lapan bulan pada 6 Ogos lalu selepas beberapa jam ditidurkan.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Penyanyi lagu Semakin itu dimasukkan ke pusat peribatan berkenaan pada pagi 4 Ogos lalu selepas mengalami batuk yang teruk dan kekurangan oksigen dalam badan akibat jangkitan Covid-19.

Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Pusu, Gombak, Selangor.

Sarah dan Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, berkahwin pada 2011.

Selain Ayash Affan yang kini masih dipantau di PPUKM, mereka turut memiliki tiga lagi cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin yang berusia 6 tahun.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain