suria

Bekas atlet Johor kini simpan semua pingat, berpanas jual kopi selepas impian terkubur - “Kerja ni kena dengan diri saya”

Syazriel pernah menjadi wakil negeri Johor ke kejohanan MSSM sebanyak dua kali.

SELEPAS berakhirnya zaman persekolahan, maka bermulalah kehidupan kita ke alam dewasa yang penuh mencabar.

Pada fasa itu, ada yang menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi, ada juga yang mula bekerja demi mencari sesuap nasi.

Bagi Wan Syazriel Zuhairi Wan Saiful Yazan, 20, dia enggan memilih kerja dan selesa bergelar peniaga kopi hainan di kampung halamannya di Muar, Johor sejak September tahun lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Pemalu orangnya, atlet taekwando buat video tutorial sukan lain tular di TikTok... tak sabar nak test skill selepas pandemik - “Saya tak pandai buat content”

ARTIKEL BERKAITAN: Gigih berlatih... atlet berbasikal nak tak nak terpaksa redah banjir, kalau patah balik makin jauh kayuh - “Ada sampai lutut, paras dada”

"Sebelum ini saya bekerja di sebuah kafe selama enam bulan. Selepas berhenti, saya rasa nak cuba buat kerja baharu. Jadi saya cuba minta kerja untuk jadi peniaga air kopi hainan pula.

"Saya bekerja sebab nak cari duit lebih, nak cari duit sendiri. Gerai ini pun dalam 10 minit perjalanan dari rumah saya. Sejujurnya saya suka kerja ini.

"Saya 'budak sukan' masa zaman sekolah. Jadi dah terbiasa dengan cuaca panas. Ketika kerja di kafe sebelum ini, saya asyik mengantuk sebab duduk dalam aircond.

"Kerja gerai tepi jalan ni kena dengan diri saya. Sebelum ni ada kawan kerja sekali dengan saya. Tapi dia dah berhenti sebab sibuk dengan kelas, dia sambung belajar.

syazriel5

Syazriel memulakan kerja di gerai kopi ini pada September tahun lepas.

"Bila sendirian, kadang-kadang kelam kabut kalau ramai datang serentak. Tapi saya anggap ia sebagai lumrah biasa dalam bekerja," ujarnya yang senang disapa Syazriel.

Dalam pada itu, dia turut berkongsi video memaparkan dirinya sedang membancuh minuman di gerai ke aplikasi TikTok.

Saya terima apa yang berlaku dari awal. Kalau saya teruskan, risau cedera makin teruk.

SYAZRIEL

Dalam tempoh 48 jam, video itu dihujani pelbagai komen dan meraih lebih setengah juta tontonan.

Selain bertanyakan lokasi kedai, ada segelintir gadis turut meninggalkan komen usikan, kononnya terpikat dengan remaja itu.

"Sebenarnya video dirakam ketika saya dah nak habis kerja. Sebelum balik, saya buat air untuk diri sendiri. Saya rakam video dan kongsi ke TikTok. Sekadar suka-suka untuk gembirakan diri sendiri.

"Tiba-tiba viral, pening saya dibuatnya. Memang agak terkejut. Ramai yang tanya lokasi kedai. Alhamdulillah, ada juga yang datang membeli kopi hainan selepas tengok video itu.

"Ada juga yang komen nak berkenalan. Yang mesej pun ada. Tapi saya tak sempat nak balas. Saya anggap mereka bergurau saja," ujar anak kedua daripada lima beradik itu.

syazriel3

Syazriel pernah menjadi wakil negeri Johor ke kejohanan MSSM sebanyak dua kali.

Bercerita mengenai dirinya, Syazriel sebelum ini aktif menyertai acara sukan octathlon dan pernah menjadi wakil negeri Johor ke kejohanan Majlis Sukan Sekolah Sekolah Malaysia (MSSM) sebanyak dua kali.

"Saya aktif olahraga. Di sekolah saya main lompat tinggi. Ketika jadi wakil Johor di MSSM, saya main acara octathlon.

"Ia merupakan satu sukan yang menggabungkan lapan acara iaitu larian 100 meter, 400 meter, 1500 meter, lompat tinggi, lompat jauh, lari berpagar, rejam lembing dan lontar peluru.

syazriel4

Video dikongsinya meraih lebih 500,000 tontonan di TikTok.

"Pada tahun 2018, saya dapat pingat emas. Pada tahun 2019, saya dapat pingat perak," ujarnya lagi.

Menurut Syazriel, dia juga sempat mengikuti latihan lompat tinggi untuk menjadi wakil negerinya ke Sukan Malaysia (Sukma), namun impian itu terkubur kerana kecederaan lutut yang dialami pada tahun 2020.

Namun kata Syazriel, dia reda dengan apa yang berlaku dan menganggap bidang itu bukan rezeki yang tertulis untuk dirinya.

"Saya dah ikuti training untuk Sukma. Kemudian saya alami kecederaan. Saya tarik diri. Saya cedera ketika satu acara di Perak pada tahun 2020. Sampai hari ni dah tak main, dah pencen.

"Saya terima apa yang berlaku dari awal. Kalau saya teruskan, risau cedera makin teruk, saya juga yang bertambah sakit," ujarnya lagi.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain