suria

Dulu garang, anak tak sangka sekarang si bapa jadi geng layan Kdrama... sanggup bersengkang mata, hari cuti sampai 10 jam non stop!

Azmi sanggup bersengkang mata hanya kerana mahu menonton Kdrama.

RAKAMAN seorang bapa sedang baring sambil menonton drama Korea meraih perhatian warganet di TikTok.

Video yang dimuat naik oleh anaknya itu memaparkan lelaki berkenaan sedang tekun menonton Kdrama di rumah mereka

Visual sependek enam saat itu meraih lebih daripada 200,000 tontonan di platform tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Kasih seorang ayah... tiada wang berjuta tapi boleh beri seafood segar, gigih sampai ke Subuh demi anak tercinta - “Selalu call, tanya bila nak balik?”

ARTIKEL BERKAITAN: Dek kerana pernah mungkir janji, si ayah bina Tiny House buat anak perempuan kesayangan... Bertuahnya, macam rumah betul!

Berkongsi cerita kepada mStar, Nur Ain Mardhiah Azmi, berkata, video tersebut dirakam selepas bapanya, Azmi Yaacob yang berusia 52 tahun selesai makan tengahari.

Bapanya merupakan seorang guru yang telah berkhidmat selama 26 tahun di Sekolah Kebangsaan Kuala Balah, Kelantan.

"Ayah tengah tengok Kdrama yang bertajuk 100 Days My Prince. Kebetulan hari cuti, jadi ayah saya habiskan masa dirumah menonton Kdrama sampai tak pergi kebun dan tidur lewat.

"Ayah mula terjebak dengan Kdrama sejak kena work from home disebabkan pandemik Covid-19.

IMG_1226

Mardhiah (kiri) merakam ayahnya yang sedang khusyuk menonton drama Korea.

"Jadi dia banyak menghabiskan masa dirumah sahaja dan menonton Neflix bersama keluarga," katanya yang menetap bersama keluarganya di Jeli, Kelantan.

Dia yang mesra diapa Mardhiah berkata, adik beradik dan ibunya merupakan pengaruh terbesar ayah mereka untuk menonton drama Korea.

Tambahnya lagi, bapanya sanggup tidur selewat 1.30 pagi semata-mata untuk menonton Kdrama.

"Satu rumah suka Kdrama, once sorang dah start tengok mesti semua berkumpul ramai-ramai tengok sekali. Tapi sekarang selalunya ayah tengok dengan mak la.

"Ayah saya ni jenis bila dah start tengok cerita tu dia akan tengok semua sampai habis dan sanggup tidur lewat. Tapi hari tu dia habiskan masa dari 8 pagi hingga 6 petang semata-mata untuk menonton Kdrama.

IMG_1227

Azmi (kiri) mula menonton drama Korea kerana terpengaruh oleh isteri dan anak-anaknya.

"Semua cerita dia tengok tapi kebanyakkan jalan cerita Kdrama ni lebih menarik dari drama lain. Tambah-tambah lagi mengenai sejarah kan, jadi lebih menarik untuk dia tengok dan explore pasal cerita itu.

"Kemudian drama ni cerita tak kuat expose sangat pasal agama mereka, lebih kepada jalan cerita yang agak unik," ujarnya yang merupakan pelajar Ijazah Sarjana Muda Perniagaan Antarabangsa di Universiti Kuala Lumpur, Quill City Mall.

Menurut anak ketiga daripada enam beradik itu, hubungan mereka anak beranak kini berbeza kerana berkongsi minat yang sama.

Mardhiah juga banyak menghabiskan masa bersama-sama bapanya di kebun durian yang terletak tiga kilometer dari rumah mereka.

"Ayah lagi addicted dari saya, jadi lagi seronok sebab kami boleh bercerita mengenai Kdrama tu.

"Waktu kecil dulu ayah ni agak tegas dan garang, tapi bila dah besar ni boleh buat geng layan Kdrama.

Jalan ceritanya pula berbeza sebab kita langsung tak boleh jangka apa yang berlaku untuk episod seterusnya.

NUR AN MARDHIAH AZMI

"Sporting dan boleh bawa bergurau, kira rapat la sebab boleh ajak borak macam kawan-kawan.

"Kami selalu pergi mandi sungai, bercuti, main badminton dan menghabiskan masa bersama-sama di kebun," tambahnya.

Mardhiah lebih gemar menonton drama Korea kerana jalan ceritanya yang menarik perhatian para penonton.

Dia juga berasakan bahawa ia amat penting bagi kita semua untuk meluangkan masa bersama ahli keluarga.

"Saya seorang yang tak suka tengok drama sangat tapi Kdrama best sebab macam real dan logik. Jalan ceritanya pun tak cliche macam drama lain.

IMG_1225

Mardhiah berasa ia amat penting untuk meluangkan masa bersama keluarga.

"Jalan ceritanya pula berbeza sebab kita langsung tak boleh jangka apa yang berlaku untuk episod seterusnya. Senang cakap jalan cerita Kdrama ni lebih unik dan menarik.

"Apa-apa pun masa bersama keluarga itu sangat bernilai dan tak boleh digantikan dengan wang ringgit. Tak kira aktiviti apa yang dilakukan bersama, kita mesti nikmati waktu yang sangat berharga ini," katanya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain