suria

Sibuk tolong orang Terengganu, sambut birthday dengan anak yatim buat Ervan Rizuan insaf... sedar dirinya disayangi - “Warden tu cam suara saya”

Ervan meraikan ulang tahun kelahiran ke-28 bersama lima orang anak yatim piatu.

SEIRING peningkatan usianya, kematangan personaliti popular dari Terengganu ini ternyata makin menyerlah.

Menurut Ervan Rizuan yang genap usianya 28 tahun pada tanggal 18 September 2021, dia mahu meraikan hari bahagia itu dengan cara yang berbeza.

Malah kata Ervan, sambutan yang dibuat bersama keluarga terdekat dan lima orang anak yatim piatu turut membawa definisi berbeza dalam hidupnya kali ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Dulu gila-gila sekarang dah lain! Instafamous buat lebih setengah juta pengikutnya terkejut selepas sukar tidur malam - “Dah bertahun kejar dunia...”

ARTIKEL BERKAITAN: Bapa saudara idaman ramai! Ervan Rezuan hadiahkan 3 telefon pintar sempena raya, ramai tanya ada kuota lagi ke?

"Saya punya hasrat kali ini mengidam nak sambut hari lahir dengan anak-anak syurga. Jadi saya cari rumah anak yatim di Terengganu yang sudi nak sambut hari lahir dengan saya.

"Kebetulan terjumpa sebuah rumah anak yatim yang baru ditubuhkan tahun ini. Mereka hanya ada lima penghuni lelaki. Saya dah pergi ke tempat mereka sehari sebelum hari lahir.

"Kemudian jemput mereka raikan sekali lagi di pejabat saya untuk majlis kesyukuran. Kiranya dah dua kali kami berjumpa. InsyaAllah saya nak bantu mereka lagi lepas ni. Orang kata, aturan Allah itu indah bila dapat jumpa mereka," ujarnya kepada mStar.

Menurut Ervan, di sebalik kegembiraan meraikan hari lahirnya, terbit rasa sayu dalam hati mengenangkan lima anak yatim piatu itu yang terpaksa melalui kehidupan tanpa kedua ibu bapa.

ervan3

Ervan kini aktif dalam lapangan kerja kebajikan di negeri Terengganu.

Malah kata Ervan, dia terharu apabila warden rumah anak yatim tersebut mengenali suaranya ketika dia pertama kali menghubungi mereka.

"Ketika pertama kali call, saya tak cakap nama saya. Tapi warden tu cam suara saya. Dia tanya, ada hajat apa? Saya cakap nak belanja mereka makan. Nak raikan dan bagi makanan yang mereka tak pernah rasa seperti Texas Chicken dan Baskin-Robbins.

Saya tak minta banyak untuk hari lahir kali ini, saya cuma nak dimurahkan rezeki, saya nak tolong orang dengan hasil bisnes saya.

ERVAN RIZUAN

"Walaupun hari lahir saya, tapi saya bagi hadiah pada mereka. Awal-awal jumpa, mereka agak malu. Tapi kali kedua jumpa, mereka dah boleh berborak dengan saya. Mereka memang anak-anak yang sangat baik.

"Sejujurnya saya sedih. Sebak sebab fikir macam mana mereka lalui kehidupan tanpa mak ayah pada usia yang masih kecil," ujarnya lagi.

Malah, video sekitar sambutan dengan anak yatim itu turut dikongsi Ervan di media sosial miliknya.

ervan2

Ervan sebak meraikan hari lahir bersama penghuni rumah anak yatim itu.

Dalam perkembangan lain, Ervan kini sibuk menguruskan projek Bendera Putih di sekitar negeri itu dalam membantu golongan memerlukan yang terkesan akibat pandemik Covid-19.

"Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), saya handle projek Bendera Putih di Terengganu. Saya dah buat dua kali di lima lokasi berbeza yang mana kami agihkan makanan basah dan kering kepada fakir miskin.

"Ramai juga golongan berusia yang kenal saya, mereka datang bukan nak ambil sumbangan tapi nak berjumpa saya. Memang terharu sangat.

"InsyaAllah projek ini akan diteruskan di lokasi lain memandangkan dah boleh rentas daerah," ujarnya yang turut melancarkan produk sambal keluarannya baru-baru ini.

ervan5

Ervan terkenal dengan karakter 'gila-gila' di media sosial.

Jelas Ervan, sumbangan yang dibuat merupakan 100 peratus hasil perniagaannya dan dia mahu meneruskan kerja-kerja kebajikan pada masa akan datang demi memberi manfaat buat penduduk negeri itu.

Dalam pada itu, Ervan turut sebak mengenangkan ribuan komen dan doa yang diberikan kepadanya menerusi media sosial.

"Saya tak minta banyak untuk hari lahir kali ini, saya cuma nak dimurahkan rezeki, saya nak tolong orang dengan hasil bisnes saya.

"Saya tak tahu kenapa ramai yang sayang kepada saya. Mereka kata, walaupun saya mulut potpet potpet tapi hati baik. Mereka boleh menilai. Saya bersyukur dengan penerimaan ramai terhadap saya," ujarnya lagi.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Ada cerita menarik mahu dikongsi? E-mel kepada kami di mstar@thestar.com.my

Artikel Berkaitan

Artikel Lain