suria

Terkejut menang pertandingan, anak spontan menjerit guna ‘volume’ paling bingit... ibunya ‘blur’ tak tahu apa sedang berlaku

Sophie terlalu gembira apabila melihat namanya tertera sebagai pemenang tempat pertama bagi pertandingan itu.

"KAKAK nombor satu ayah!" itulah kata-kata yang terpacul dari mulut seorang kanak-kanak yang gembira apabila melihat namanya tertera di skrin komputer.

Rakaman yang dimuat naik oleh ibunya memaparkan kanak-kanak perempuan itu menjerit keriangan kerana mendapat tempat pertama dalam satu pertandingan sehingga bingit telinga yang mendengarnya.

Video tersebut setakat ini meraih sebanyak 160,000 tontonan di aplikasi TikTok dengan rata-rata netizen dapat memahami betapa gembiranya kanak-kanak ini berdasarkan tahap kenyaringan jeritannya.

ARTIKEL BERKAITAN: Sibuk tolong orang Terengganu, sambut birthday dengan anak yatim buat Ervan Rizuan insaf... sedar dirinya disayangi - “Warden tu cam suara saya”

ARTIKEL BERKAITAN: Upah shooting dan edit video hanya RM100, jurufoto minta jangan pertikai harganya! - “Pelanggan luar Kelantan, tunggu boleh rentas negeri”

Bercerita lebih lanjut kepada mStar, Rozana Shahriman, 35, berkata, dia tidak menyangka anak sulungnya, Sophie Ar-Raisha Shamsul Hasni yang berusia lapan tahun menang tempat pertama selepas menyertai pertandingan sempena Hari Kemerdekaan anjuran sekolahnya di Nilai, Negeri sembilan.

Pemenang-pemenang bagi pertandingan Kolaj Poster Kemerdekaan itu diumumkan ketika Majlis Penutupan Bulan Kemerdekaan yang diadakan secara online pada Isnin.

"Sekolah anak saya adakan Majlis Penutupan Bulan Kemerdekaan sekolah secara online, selepas itu ada sesi pengumuman pemenang pertandingan menampal kolaj mengikut kelas.

"Sebenarnya saya tak tahu pun sepanjang PdPR (Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah) ni sekolah ada buat pertandingan, asalkan dia siapkan semua kerja sekolah saya OK sahaja. Masa tu saya agak terkejutlah sebab fikir bila masa pula dia masuk pertandingan.

erre

Sophie rindukan suasana berada di dalam kelas di sekolah.

"Bukan itu sahaja, malah saya juga cuba nak ingat semula kerja sekolah yang mana satu. Walaupun pertandingan tu tidaklah besar mana, saya dan suami tetap ucapkan tahniah kepada Sophie kerana dapat tempat pertama dalam kelasnya," katanya yang menetap di Seremban, Negeri Sembilan.

Mesra disapa Rozana, dia berkata, anaknya itu memang seorang yang mudah teruja dan gembira apabila pihak sekolah mengadakan pertandingan sebegini sepanjang hampir dua tahun menjalani sesi PdPR.

Tambahnya, dia dan suami, Shamsul Hasni Maula Hasan, 33, banyak membantu anak mereka jika dia mempunyai sebarang masalah dalam pelajaran.

"Sophie memang jenis cepat teruja walaupun orang belikan dia ais krim, excited dia lebih kurang macam dalam video inilah. Sepanjang dua tahun dia bersekolah ni tiada peperiksaan diadakan kerana Covid-19.

"Jadi cikgu-cikgu di sekolahnya buatlah pertandingan macam ni dan ia memang membantu menaikkan semangat anak saya dalam pembelajaran. Sebelum ni cikgu ada juga buat kuiz subjek dan ada la juga dia dapat skor.

Kalau anak-anak tak boleh terima masuk ilmu tu, jangan push mereka.

ROZANA SHAHRIMAN

"Bila belajar di rumah ni biasalah... mesti rasa sedikit bosan sebab dia suka pergi sekolah. Dia rindu kawan-kawan, cikgu dan kantin sekolahnya, katanya tak sabar nak jumpa dengan mereka semua.

"Subjek kegemaran Sophie di sekolah buat masa ini ialah Matematik, Bahasa Inggeris dan Sains. Saya dan suami banyak membantu jika Sophie ada sebarang masalah dengan kerja sekolah, tetapi selalunya dia akan cuba untuk buat sendiri sebelum minta pertolongan kami," ujarnya yang merupakan seorang suri rumah dan berasal dari Negeri Sembilan.

Menurut ibu kepada dua cahaya mata ini, dia terpaksa mengakui bahawa sememangnya satu perkara yang sukar untuk anak-anak belajar secara dalam talian.

Bagaimanapun, disebabkan situasi semasa ibu bapa perlu memainkan peranan dengan meluangkan masa bersama mereka untuk mengurangkan sedikit tekanan.

"Memang agak susah dan stres sebenarnya bila anak-anak terpaksa belajar dalam keadaan sebegini, tapi ibu bapa janganlah mendesak jiwa dan otak mereka.

IMG_9124

Rozana (dua, kiri) dan suaminya sering membantu Sophie jika dia mempunyai sebarang masalah dengan PdPR.

"Saya berharap semua ibu bapa boleh adapt dalam suasana norma baharu ini dan berjaya mendidik anak semampu mungkin.

"Kalau anak-anak tak boleh terima masuk ilmu tu, jangan push mereka. Apa kata kita bawa mereka jalan-jalan di taman dan borak santai untuk merehatkan minda anak-anak sebelum kembali ke kelas," kata isteri kepada pegawai bank ini.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain