suria

Pengantin berani pujuk mak ayah nak pakai baju nikah hitam, tapi malu habis diusik atas pelamin - “Kita kahwin, biarlah kita buat pilihan”

Fatin dan suami tergelak di atas pelamin selepas diusik adik-beradiknya.

HIDUP dalam suasana pandemik Covid-19 tidak menjadi penghalang untuk ramai individu di negara ini mendirikan rumah tangga.

Begitu juga dengan pasangan pengantin ini yang mana video sambutan hari bahagia mereka pada 1 Februari lalu tiba-tiba tular di aplikasi TikTok.

Menurut Fatin Nabilah Mohd Salim, 26, dia dan suami, Hanif Izlan Basri, 25, dinikahkan di sebuah pejabat agama sebelum acara ringkas dibuat di kediaman ibu bapanya di Taiping, Perak yang hanya dihadiri keluarga terdekat sahaja.

ARTIKEL BERKAITAN: Pengantin lelaki gagal tahan air mata ketika sebut ‘aku terima nikahnya’, rakan MRSM sejak Form 2 sah jadi isteri - “Banyak kami dah lalui bersama”

ARTIKEL BERKAITAN: Baru cecah 21 tahun, pengantin lelaki berlinangann air mata selepas akad nikah... Apa sebenarnya berlaku? - “Tak sabar nak jadi bapa”

Ketika sedang beraksi untuk rakaman foto, adik-beradiknya datang mengusik dari arah tepi sehingga dia dan suami turut tergelak dan tersipu malu di atas pelamin.

"Saya dan suami sedang bergambar atas pelamin. Kami memang segan dan masih malu-malu sebab baru kenal. Kami berkenalan lima bulan dan terus kahwin. Kami kenal pun selepas diperkenalkan oleh kawan-kawan.

"Pada waktu itu, adik-beradik saya pula datang mengusik. Kami pun tergelak. Pada masa sama, adik kepada suami yang rakam video itu. Saya sekadar suka-suka kongsi di TikTok.

"Saya post waktu malam, bangun pagi esok dah banyak notification yang masuk. Kali pertama viral. Memang saya terkejut," ujarnya yang mesra disapa Fatin.

fatin2

Pasangan ini disatukan pada Februari lalu.

Selain video usikan itu, ramai netizen turut tertarik dengan pemilihan busana warna hitam pada hari perkahwinan pasangan itu.

Menurut Fatin, warna hitam menjadi idamannya sejak sekian lama dan dia bersyukur ia berjaya direalisasikan biarpun mendapat tentangan pada awalnya.

Saya puas hati dapat tunaikan impian. Kita yang kahwin, jadi biarlah kita yang buat pilihan.

FATIN

"Saya memang minat warna hitam. Suami pula dia memang tak kisah. Ketika beritahu keluarga, mereka punya mindset pada awalnya mengaitkan warna hitam dengan upacara berkabung.

"Tapi saya jelaskan semula bahawa tiada pun larangan pakai warna hitam dalam Islam. Memang impian saya nak kahwin pakai baju warna hitam.

"Awalnya mak ayah saya juga menentang, tapi saya yakinkan mereka. Asalkan pakaian itu sopan dan menutup aurat, saya rasa tiada masalah untuk teruskan.

fatin3

Hanya keluarga terdekat hadir dalam majlis itu.

"Saya juga ada terfikir sekiranya orang akan berkata-kata, tapi bila fikir balik, saya puas hati dapat tunaikan impian. Kita yang kahwin, jadi biarlah kita yang buat pilihan. Asalkan kita gembira," ujarnya lagi.

Sehingga kini, video-video acara perkahwinan yang dikongsi di TikTok miliknya sudah meraih lebih setengah juta tontonan.

Bercerita mengenai dirinya, Fatin merupakan pegawai operasi perniagaan di sebuah insitusi kewangan dan kini menetap di Pulau Pinang dengan suaminya.

fatin4

Fatin tak sangka video dia dan suami di atas pelamin tular di TikTok.

Biarpun sedih hari bahagia itu dilangsungkan ketika pandemik Covid-19, Fatin turut melihat dari sudut positif dan menganggap ia satu ketentuan untuk dia dan suami.

"Ada juga rasa sedih kahwin ketika pandemik. Tapi melihat dari sudut positif, acara itu sangat bermakna biarpun ia sekadar kecil-kecilan.

"Kalau buat acara besar, mungkin tak sempat nak rakam detik adik-beradik saya mengusik. InsyaAllah jika ada rezeki, nanti nak buat majlis doa selamat dengan kawan-kawan dan saudara yang tak dapat meraikan hari bahagia kami tempoh hari," ujarnya lagi.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain