suria

Tak pernah masuk dapur, pemuda ini kongsi bagaimana dia pandai memasak selepas hidup di negara orang - “Awal-awal hanya masak nasi letak perencah”

Faqih bersyukur dapat menimba banyak pengalaman baharu sepanjang berkelana di negara orang.

PENGALAMAN belajar di luar negara seawal umur 19 tahun ternyata membawa pengalaman berbeza buat jejaka ini.

Menurut Mohd Faqih Baharudin, 28, cabaran-cabaran yang dilalui membuatkan dia lebih matang dan berdikari sekali gus membentuk jati diri ketika berada jauh di perantauan.

Imbas jejaka yang senang disapa Faqih itu, dia sebelum ini mengikuti kursus Pengajian Islam di Universiti Al Albayt, Jordan dan mengakui sukar untuk menyesuaikan diri ketika pertama kali menetap di sana.

ARTIKEL BERKAITAN: Dah kunjungi 30 negara, Paris tak seindah dijangka... jejaka ini serik mahu ke sana - “Kita fikir ia bandar romantik, pergi sana baru nampak semua benda”

ARTIKEL BERKAITAN: Kayuh basikal jelajah 13 negara, 2 mamat Malaysia kongsi pengalaman perit telefon 'terjun' sungai di Perancis - “Hari pertama dah lucu...”

"Ada tiga perkara paling best bila belajar di luar negara. Pertama, dapat tengok budaya. Yang kedua kita akan jadi pandai memasak dan ketiga ia membentuk kekuatan dan keberanian.

"Saya belajar di sana ketika umur 19 sehingga 24 tahun. Itu kali pertama saya menetap di luar negara. Sebelum itu, saya hanya pernah pergi umrah masa tingkatan dua.

"Memang susah nak biasakan diri. Pada awalnya saya juga alami homesick. Waktu mula-mula pergi, menangis sebab rindu keluarga. Tapi perubahannya, ia memberi kesan kepada kita sehingga jadi lebih berdikari.

"Saya juga jadi kurang bergantung kepada keluarga, pergi mana-mana pun tak rasa takut. Dah terbiasa kat luar dan jauh dari keluarga, jadi semua benda kita buat sendiri," ujarnya.

faqih3

Faqih mula belajar di Jordan ketika berusia 19 tahun.

Paling diingati katanya, dia langsung tidak tahu memasak, namun terpaksa belajar sendiri di sana demi memenuhi seleranya.

Imbas Faqih lagi, selain bertanya kepada ibunya di tanah air, enjin carian Google turut menjadi 'guru' sehingga dia mampu menghasilkan aneka masakan dan kuih-muih Melayu.

Kalau ada peluang untuk belajar di luar negara, ambil peluang itu.

FAQIH

"Kita budak lelaki, memang tak pernah masak. Ketika tiba di Jordan, kawan-kawan satu rumah pun tak pandai masak. Nak makan kat luar memang mahal.

"Awalnya, kami hanya masak nasi dan letak perencah nasi goreng. Lama-lama, kami tengok Google dan belajar setiap hari, kami dah pandai masak.

"Kadang-kadang WhatsApp tanya mak. Rendang pun kami boleh buat, kuih onde-onde, seri kaya pun kami buat juga ketika bulan puasa.

faqih1

Banyak pengalaman suka-duka sepanjang belajar di negara orang.

"Tapi bila ingat balik, menyesal sebab tak pernah belajar memasak sebelum ke luar negara dulu," imbasnya berseloroh.

Dedah Faqih, selain dirinya, dua kakaknya turut melanjutkan pengajian di universiti sama di Jordan.

Namun katanya, dia bersyukur dengan segala pengalaman yang ditimba sepanjang berkelana di negara orang.

Faqih

Paparan skrin video tular itu.

Selain menuntut ilmu, dia juga sempat melawat lokasi pelancongan negara itu dan berkunjung ke negara berdekatan seperti Turki dan Mesir.

Kini, Faqih yang sudah lama pulang ke tanah air sedang mengikuti pengajian bidang Undang-Undang Keluarga Islam di Universiti Kebangsaan Malaysia.

Faqih turut berkongsi video mengenai pengalamannya belajar di Jordan menerusi aplikasi TikTok.

Faqih

Foto kenangan Faqih bersama rakan-rakannya.

Pesannya kepada pelajar yang bakal ke luar negara, usah takut dan rebutlah peluang keemasan itu untuk menimba ilmu dan pengalaman baharu.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Kalau ada peluang untuk belajar di luar negara, ambil peluang itu. Ia akan menjadikan pemikiran kita lebih terbuka, kita akan bergaul dengan macam-macam orang.

"Benda memang susah, tapi kalau fikir balik, belajar di mana-mana pun mesti ada susahnya. Yang penting dir kita sendiri. Cuma cari pengalaman dulu," ujarnya yang berasal dari Kelantan.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain