suria

Perginya Pakcik Majid kerana Covid-19, waktu hidupnya tak menyusahkan sesiapa... di saat akhir hayatnya pun masih jawab “Okay misi”

Perkongsian seorang jururawat mengenai kisah pesakit Covid-19 bernama Pakcik Majid benar-benar menyentuh hati netizen.

PETUGAS barisan hadapan (frontliners) di hospital sama ada doktor mahupun jururawat adalah antara individu yang menyaksikan saat-saat sebelum pesakit Covid-19 menghembuskan nafas terakhir.

Bukan sahaja memikul amanah untuk merawat pesakit, malah mereka menggalas tanggungjawab yang berat untuk menyampaikan berita duka kepada keluarga mangsa.

Coretan seorang jururawat mengenai pengalaman merawat seorang warga emas yang meninggal dunia kerana dijangkiti Covid-19, benar-benar menyentuh hati netizen.

ARTIKEL BERKAITAN: “Nak tulis wasiat” - Itu permintaan terakhir pesakit kanser mangsa Covid-19 sebelum ‘ditidurkan’... saat itu bayangkan frontliner tanpa PPE, pasti segala-galanya terbongkar!

ARTIKEL BERKAITAN: Doktor kongsi momen penuh hiba pesakit merayu-rayu minta air tapi tak kesampaian... dia 'terlelap' selamanya - “Genggamannya lemah, tangan agak sejuk”

Menurut jururawat bernama Noor Safinah Sharif, pesakit yang senang disapa sebagai Pakcik Majid sangat mudah diuruskan dan menyenangkan hati petugas sejak dimasukkan ke wad hospital tempatnya bertugas.

"Perginya seorang ayah, atuk dan suami buat keluarga ini. Pakcik yang tak pernah sekali pun susahkan misi-misi yang jaga dia. Pampers bocor pun tak pernah panggil misi untuk tukar. Misi yang kena selalu pantau.

pakcik majid 1

Perkongsian Noor Safinah Sharif di Facebook mengenai pesakit warga emas, Abd Majid Hamid yang meninggal dunia kerana Covid-19, baru-baru ini.

"Dari boleh buat sendiri sampailah diberi pakai pampers. Bila tanya Pakcik Majid ok ke? Selalu akan jawab 'pakcik ok misi'. Tapi oksigen pakcik tak cukup ni dalam badan. Pakcik meniarap. Sentiasa dengar cakap misi-misi," demikian menurut jururawat berkenaan.

Tambahnya, sehingga di hujung nafas, Pakcik Majid sedaya upaya tidak mahu menyusahkan mana-mana jururawat yang bertugas.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Sampai di saat akhir nyawanya pun masih dengan jawapan yang sama 'pakcik ok misi' tapi ayat akhirnya malam tadi 'pakcik penat misi satu hari baring meniarap'.

"Di saat akhir sebelum doffing PPE sempat aku berbakti dekat pakcik yang aku anggap sebagai abah. Aku tinggalkan pakcik sementara buat kerja lain. Nampak pakcik bangun cuba untuk tidur duduk sambil kawal pernafasan. Tak sangka masa tu pakcik betul-betul bertarung.

Pampers bocor pun tak pernah panggil misi untuk tukar. Misi yang kena selalu pantau.

NOOR SAFINAH SHARIF

JURURAWAT

"Sekali lagi aku tanya 'Pakcik Majid ok tak?'. Dan sekali lagi 'pakcik ok misi'. Sampailah oksigen pakcik drop sampai 44 peratus. 'Pakcik, saya bagi ubat morphine untuk tahan sakit ye' dan dijawab 'baik misi'.

"Akhirnya 4.12 pagi pakcik pergi tinggalkan kami. Pergilah pakcik Abd Majid bin Hamid setelah sekian lama Pakcik Majid bertarung lawan virus Covid-19," tulisnya.

Sungguhpun sering menyaksikan kematian pesakit-pesakit lain sebelum ini, namun menurut Noor Safinah, pemergian Pakcik Majid benar-benar meninggalkan kesan kepada dirinya dan petugas lain di wad yang menempatkan Allahyarham.

mayat

Jenazah pesakit Covid-19 dibawa keluar daripada bilik mayat. Gambar hiasan.

"Kami sebagai misi pun tak sanggup tengok pakcik lawan virus walaupun pakcik sangat-sangat kuat lawan. Al-Fatihah buat Pakcik Majid. Semoga Pakcik Majid berada dalam kalangan orang-orang beriman.

"Salam takziah buat ahli keluarga Pakcik Abd Majid bin Hamid dari kami warga C17 HDW Wad," tulisnya lagi.

Sehingga kini perkongsian tersebut meraih lebih daripada 1,200 shares di Facebook.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain