suria

Beli ketam di pasar, pramugari jelita disangka kudung tangan kiri... apa berlaku sebenarnya? - “Kalau tak angkat baju, mesti basah”

Assya langsung tak berkecil hati dengan komen-komen yang menyangka bahawa dirinya Orang Kelainan Upaya (OKU).

VIDEO memaparkan seorang wanita sedang memilih ketam di pasar tular kerana ada yang menyangka dia kudung sebelah tangan.

Menurut wanita yang mahu dikenali sebagai Assya itu, dia peka akan komen-komen berkenaan dan mengakui ia adalah salah faham semata-mata.

"Video itu dirakam pada Disember 2019 ketika saya balik ke Bintulu, Sarawak. Saya scroll gambar-gambar dan video lama dalam telefon dan upload video sedang pilih ketam di pasar ke akaun TikTok.

ARTIKEL BERKAITAN: Suara merdu, memasak pun hebat! Pramugari jelita dapat idea ubat kerinduan anak Sabah di Semenanjung... Khairulaming jadi rujukan

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya tiada dua tangan, semua buat guna kaki” - Ramai nak tahu macam-macam daripada perunding hartanah ini, termasuklah cara makan

"Ketika itu, saya pakai baju yang agak besar. Di situ banyak ketam, kalau saya tak angkat baju, mesti akan basah.

"Netizen tak perasan, mereka tak nampak sebelah lagi tangan saya dan menyangka saya kudung sebelah tangan.

"Ada yang komen dan kata saya ni kuat untuk ke pasar walaupun tiada tangan. Itu komen yang paling lucu," ujarnya kepada mStar.

Menurut wanita berusia 28 tahun itu, dia juga tak menyangka video berkenaan akan meraih sehingga lebih 100,000 tontonan.

assya3

Assya merupakan seorang pramugari.

Malah katanya, dia langsung tak berkecil hati dengan komen-komen yang menyangka bahawa dirinya Orang Kelainan Upaya (OKU).

"Ada yang dah lama follow saya, mereka tolong reply komen dan jelaskan bahawa saya ada kedua-dua belah tangan.

Penerbangan masih ada, cuma berkurang. Rindu sangat nak bekerja.

ASSYA

"Biasanya kalau saya kongsi video kucing saya je view akan tinggi sebegitu. Tapi saya tak kecil hati dengan komen-komen netizen.

"Kalau tengok betul-betul, boleh nampak tangan saya terselindung sebab tarik baju. Cuma mereka kena perhati lebih sikit," ujarnya yang berasal dari Bintulu.

assya4

Jelas Assya, video tular itu sebenarnya dirakam pada tahun 2019.

Mengenai dirinya, Assya merupakan seorang pramugari di sebuah syarikat penerbangan yang sudah tiga tahun berkecimpung dalam bidang itu.

Mengulas situasi semasa pandemik Covid-19 yang melanda negara, Assya mengakui ia banyak memberi kesan terhadap kerjayanya sehingga mengubah rutin yang biasa dilaluinya selama ini.

"Sebagaimana orang lain rindu nak travel, kami juga rindu nak bekerja. Kalau dulu, dalam sebulan ada tujuh ke lapan hari sahaja yang free.

assya5

Antara komen netizen pada posting itu.

"Memang penat bekerja. Balik rumah tak sempat buang mekap terus tidur. Nak luang masa untuk diri pun tak sempat.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Sekarang banyak masa terluang. Penerbangan masih ada, cuma berkurang. Rindu sangat nak bekerja.

"Apabila keluar bekerja, hilang semua masalah. Tutup pintu kapal, terus lupa masalah sebab kita nak fokus beri layanan kepada penumpang," ujarnya.

Tambahnya, dia berharap pandemik ini berakhir segera agar industri penerbangan dan sektor pelancongan kembali meriah seperti sedia kala.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain