suria

Disebabkan ‘tragedi mi segera’, gadis ini fobia cerek... idea rendam kaki dalam air sejuk sia-sia - “Tak sakit, sampai hospital melecur tahap 4”

Insiden yang berlaku dua tahun lalu bukan sahaja meninggalkan parut pada kaki namun membuatkan gadis ini fobia.

MALANG tidak berbau!

Gadis ini sama sekali tidak menyangka niatnya untuk mengalas perut yang sedang berkeroncong di awal pagi akhirnya bertukar tragedi.

Berkongsi insiden yang menimpa dirinya dalam aplikasi TikTok, dia memuat naik gambar menunjukkan sebelah kakinya berbalut dari bahagian betis sehingga buku lali dek kecederaan yang dialami.

ARTIKEL BERKAITAN: Teruja bertukar sengsara! Gadis tergolek di pasar raya ketika sepupu rekod IG Story... rupa-rupanya ada bagusnya jatuh masa PKP!

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Padah’ nak tunjuk stunt paling gempak, pengakhirannya amat menyedihkan - “Dia suka acah-acah samseng tapi tak ada yang takut”

"Kalaulah aku tak masak Maggi pukul 1 pagi tu...." demikian tulisnya pada video berkenaan.

Sehingga kini video tersebut meraih 297,000 jumlah tontonan selain dibanjiri dengan komen netizen yang ingin mengetahui kisah lanjut di sebalik insiden yang menimpanya.

Menurut Nur Emylia Syahira, dia melecur teruk pada bahagian kaki kanan gara-gara terkena air panas ketika mahu menyediakan mi segera.

"Kejadian ini berlaku pada tahun 2019 di mana ketika itu saya sedang menuntut di sebuah kolej di Kuantan, Pahang. Biasalah, pelajar-pelajar ni memang akan berasa lapar tengah malam.

"Saya pun bercadang nak makan mi segera untuk alas perut. Kami pelajar tak dibenarkan memasak di dorm masing-masing, hanya dibenarkan bawa cerek elektrik.

maggi 1

Insiden tersebut menyebabkan Emy terpaksa berulang alik ke hospital seminggu sekali untuk mencuci luka.

"Sebaik saja air yang dimasak mendidih, saya nak angkat cerek dan tuang air panas dalam mangkuk mi segera. Entah macam mana, tiba-tiba pemegang cerek elektrik tu tercabut dan cerek berisi air panas terjatuh dan kena kaki kanan.

"Masa tu saya hanya rasa terkejut dan masih belum rasa sakit-apa...saya tergamam dan tengah 'hadam' apa yang perlu dibuat sebab sedang berseorangan dekat dorm," kata gadis berusia 21 tahun ini.

Menurutnya yang senang disapa sebagai Emy, dia kemudian secara spontan merendam kaki kanannya ke dalam sebuah baldi.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Bagaimanapun ternyata tindakan tersebut tidak berkesan kerana dia mula berasa pedih dan panas pada bahagian betis dan pahanya yang melecur teruk.

maggi 3

Emy terpaksa mengambil cuti belajar selama dua bulan bagi membolehkan kecederaan yang dialaminya sembuh sepenuhnya.

"Akhirnya saya beritahu rakan dan dia segera bawa ke hospital... ketika itu tak ramai orang sebab dah pukul 2 pagi. Saya terus dihantar ke Unit Kebakaran sebab lecur saya teruk... diklasifikasi dalam stage 4.

"Di situ, kaki saya kena dressing di mana mereka buang kulit saya yang dah 'masak' untuk elakkan ia menggelembung. Ibu bapa yang menetap di Kuala Lumpur terkejut... ibu siap menangis. Mereka tiba di Kuantan dan bawa saya pulang keesokannya," ujarnya yang merupakan penuntut jurusan kulinari.

Menurut Emy, disebabkan lecur yang agak teruk itu, dia tidak dapat berjalan kira-kira seminggu.

Saya terus dihantar ke Unit Kebakaran sebab lecur saya teruk... diklasifikasi dalam stage 4.

NUR EMYLIA SYAHIRA

Malah dia perlu berulang seminggu sekali ke hospital untuk mencuci luka melecur di kakinya.

"Dua bulan juga saya cuti belajar sebelum pulang semula ke kolej. Sepanjang tempoh itu, ibu yang menjaga. Makan berpantang dan tak mandi sangat... banyak lap saja.

"Alhamdulillah kaki beransur sembuh walaupun tak dapat jalan dengan betul sangat. Insiden tersebut memang meninggalkan kesan mendalam... bukan sahaja parut yang sampai sekarang jadi kenangan, tapi fobia.

"Sampai sekarang saya jadi fobia kalau bab-bak cerek ni... memang tak pegang dah. Boleh tengok tapi takkan pegang. Saya selesa guna air panas daripada penapis air," ujarnya.

maggi 2

Emy merupakan penuntut jurusan kulinari di Kolej Yayasan Pahang. (Gambar sebelum PKP)

Tidak menyangka perkongsiannya tular, Emy berkata video tersebut hanya sekadar mengimbas kenangan yang tidak dapat dilupakannya seumur hidup, selain mahu orang ramai berhati-hati.

"Ramai pula yang fobia nak buat mi segera... malah ada yang kata mereka siap 'double check' cerek masing-masing. Dalam pada itu ada juga yang kongsi pengalaman yang sama iaitu pernah terkena air panas.

"Apa pun moga perkongsian saya ini diambil sebagai pengajaran bersama supaya tak terjadi kepada orang lain," katanya lagi.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain