suria

“Mana RM20 juta yang dikutip, kat akaun siapa?” - Giliran Ebit Lew persoal tindakan Nadir Al-Nuri... akui ada yang akan disaman!

Kata Ebit, dia enggan berdendam dan sudah memaafkan Nadir Al-Nuri (gambar kecil) atas segala pendedahan yang dibuat sebelum ini.

PENDAKWAH terkenal Ustaz Ebit Lew mengakui dihujani pelbagai mesej caci-maki di media sosial susulan kontroversi berhubung pemergiannya ke Gaza.

Ujar Ebit, dia digelar syaitan, dajal, babi dan perompak oleh segelintir individu yang salah sangka dan beranggapan dia tidak telus dalam menguruskan wang sumbangan orang ramai.

Dalam siaran live pada Khamis, Ebit menyangkal persoalan yang ditimbulkan Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Badan Bukan kerajaan (NGO) Cinta Gaza Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamamrulzaman mengenai sumber wang yang digunakannya dalam misi itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Masuk Gaza guna duit sendiri! Ebit Lew jawab setiap persoalan yang ramai nak tahu - “Hati saya terluka dipanggil dajjal, babi!”

ARTIKEL BERKAITAN: Bukan sahaja persoal, Nadir Al-Nuri dedah cara team Ebit Lew di Gaza... tapi akui tak pernah iri hati, cuma kongsi teguran ‘kasih-sayang’

"Saya bukan sesiapa, cuma kongsi kebaikan, apa saya buat sangat sikit. Saya pergi sana dengan duit sendiri dan tak pernah buka satu tabung pun untuk ke Gaza, dari dulu sampai sekarang tak pernah buka apa-apa tabung.

"Dan beberapa sahabat rapat yang berkawan dengan jujur, mereka ada bersama saya, dan rakan Facebook ada menyumbang... ada beberapa orang.

TONTON VIDEO PENJELASAN EBIT LEW!

"Sejak lima tahun lalu, saya tak pernah buka tabung untuk Gaza. Hati saya betul-betul luka. Saya tak pernah minta orang balas, tapi saya tak pernah ucap macam tu pada orang.

"Selain pakai duit sendiri, ada kawan rapat yang turut beri sumbangan. Saya tak kutip duit sesiapa. Yang kutip tabung Gaza ni orang lain," ujar Ebit.

Selain menjawab soalan itu, Ebit turut mempersoalkan Nadir Al-Nuri serta duit sumbangan bernilai RM20 juta yang digembar-gemburkan sebelum ini.

Wallahi saya tak pernah buka tabung. Saya belanja duit sendiri.

USTAZ EBIT LEW

Kata Ebit, ke mana perginya duit mencecah RM20juta itu lebih wajar dipersoalkan memandangkan ia merupakan sumbangan orang ramai untuk rakyat Palestin.

"Orang selalu tanya apa saya buat dengan duit? Tak perlu cerita. Dia ingat saya bawa duit (rakyat) Malaysia ke sana. Yang kutip duit ni NGO.

"Dan yang mengetuai NGO ialah Nadir Al-Nuri. Bukan sikit, banyak dia kumpul RM20 juta. Sangat banyak. Patut soalan itu ditujukan kepada beliau mengenai RM20 juta seperti yang diisyhtihar dalam surat khabar.

ebit1

Ebit turut membuat satu laporan polis pada Rabu petang.

"Mana RM20 juta? Kat akaun siapa? Check dengan Nadir Al-Nuri. Patut ditanya sebab melibatkan banyak duit. Tuan puan nampak RM20 juta kat mana?

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Tuan puan check dia bukan saya. Wallahi saya tak pernah buka tabung. Saya belanja duit sendiri," ujar Ebit lagi.

Kata Ebit, dia bagaimanapun yakin ramai NGO di luar sana yang amanah dan ikhlas dalam menyalurkan segala bantuan dan sumbangan kepada rakyat Palestin.

Ujar Ebit lagi, dia enggan berdendam dan sudah memaafkan Nadir Al-Nuri atas segala pendedahan yang dibuat sebelum ini.

Dalam pada itu, Ebit berkata dia juga akan menghantar surat saman kepada sesiapa yang menabur fitnah ke atasnya.

218102042_4437427192954158_5517346626912093068_n

Ebit berkata, dia akan menghantar surat saman kepada individu yang membuat kenyataan tidak benar mengenai dirinya.

Malah, Ebit menafikan sekeras-kerasnya tuduhan liar yang mengaitkan pasar raya Elewsmart miliknya dengan pembabitan NGO sendiri demi mengaut keuntungan.

"Saya pun baca. Ada orang tag. Saya kena check sama ada ia tanda soal atau ayat penyata. Sesiapa yang buat pernyataan tak benar, fitnah, saya akan hantar surat saman.

"Orang fikir saya tiba-tiba dapat duit kat mana, kaya. apa semua.. kalau orang kenal saya, saya buka tiga restoran lima tahun dulu.

"Saya terlibat program motivasi sebelum ini dengan Datuk Fadzilah Kamsah, lepas tu buat training sendiri. Saya buat ceramah free banyak juga.

"Contoh RM90 satu kepala dalam satu program. Saya pernah buat sebelum ni melibatkan 7,000 ke 8,000 orang. Kalau RM100 kali 7,000 perserta, jadi saya dapat RM700,000 secara kasar," ujarnya.

Jelas Ebit lagi, dia turut mengumpul wang selama ini hasil perniagaan butik baju sekaligus memberi inspirasi untuknya membantu orang lain yang memerlukan.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Ada cerita menarik mahu dikongsi? E-mel kepada kami di mstar@thestar.com.my

Artikel Berkaitan

Artikel Lain