suria

Fuh, lain macam aura mak! Anak lelaki jahit baju raya untuk ibu usia 70 tahun, video melaram di TikTok raih lebih 100,000 tontonan

Ibu Hafizuddin menggayakan baju jahitan anaknya sendiri ketika lebaran baru-baru ini.

RAKAMAN memaparkan seorang wanita warga emas berusia 70 tahun melaram busana yang dijahit oleh anaknya sendiri tular di TikTok.

Menurut Hafizuddin Abraham, 28, wanita dalam video tular itu merupakan ibunya, Siti Hawa Daud yang menggayakan baju kurung moden rekaannya untuk sambutan Aidilfitri baru-baru ini.

Mesra disapa Hafizuddin, dia mengakui gembira apabila sentuhan kreatifnya itu menerima pujian ramai netizen.

ARTIKEL BERKAITAN: Kerana minat, pemuda kacak tak hirau dipertikai bergelar tukang jahit... siap kongsi detik cemas baju pelanggan berlubang di ambang raya

ARTIKEL BERKAITAN: Tukang jahit cun jahit baju sendiri sejak Form 3... tradisional, moden, busana pengantin semua boleh - “Saya ada gaya tersendiri”

"Komen sangat banyak sampai saya tak mampu nak balas satu persatu. Semuanya komen positif. Mereka kata baju itu cantik digayakan oleh mak.

"Sebelum ni pun saya ada kongsi video menjahit, tapi video mak kali ini auranya lain macam.

Hafizuddin sudah empat tahun bergelar tukang jahit.

"Saya pun jadi makin bersemangat. Mak tahu orang suka video tu, dia sanggup bagi saya jual baju itu kepada netizen yang berminat," ujarnya berseloroh.

Menurut Hafizuddin yang sudah empat tahun bergelar tukang jahit, ibunya sememangnya seorang yang suka bergaya ketika usia mudanya.

Tapi bila tengok mak pakai baju tu, rasa ekstra gembira.

HAFIZUDDIN

Disebabkan itu jugalah dia berani menghasilkan pakaian moden itu untuk dihadiahkan kepada ibunya ketika lebaran baru-baru ini.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Mulanya mak segan sebab dia kata dia dah berusia. Dulu dia memang bergaya, tapi sekarang mak dah slow down sikit.

"Tapi saya kata, mak kena kekal bergaya sebab itulah diri mak dari dulu lagi. Bagi apa sahaja pakaian, mak mesti boleh gayakan.

"Sejujurnya saya gembira. Kita pun hanya beraya di rumah sahaja. Tapi bila tengok mak pakai baju tu, rasa ekstra gembira," ujarnya yang menetap di Sungai Besi, Kuala Lumpur.

Mereka sekeluarga menetap di Sungai Besi, Kuala Lumpur.

Menurut anak bongsu daripada empat beradik itu, ibunya masih cergas dan sihat kerana sejak dulu lagi mengamalkan gaya hidup sihat.

Dedah Hafizuddin, ibunya suka melakukan yoga ketika zaman muda dan rajin berpuasa.

Bercerita mengenai dirinya, Hafizuddin berkata dia turut bekerja untuk seorang pereka fesyen.

Malah, dia sebelum ini pernah menjalankan perniagaan produk kecantikan yang mana ia mula terjejas akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada tahun 2020.

Untuk rekod, video ibunya di TikTok sehingga kini meraih lebih 100,000 tontonan.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain