suria

110kg turun 55kg! Itulah penangan kena reject... pemuda akui pernah ambil produk terlarang tapi tak menjadi pun

Afiq berjaya menurunkan berat sebanyak 55 kilogram.

BIAR lambat asalkan selamat.

Itulah pepatah yang dipegang oleh pemuda ini ketika dia mula-mula mengambil keputusan mahu menurunkan berat badan sekitar dua tahun lalu.

Hasil berdisiplin, komitmen serta sikap konsistennya, pemuda bernama Afiq Zamrie ini berjaya menurunkan separuh berat badannya daripada 110 kilogram (kg) kepada 55 kg dalam tempoh setahun setengah!

ARTIKEL BERKAITAN: Tak kisah berat naik mendadak, sekali ada lelaki hulur salam perkenalan... wanita ini terus kurus dalam masa 20 hari!

ARTIKEL BERKAITAN: Turun 36kg! Gadis ini pernah digelar badak, dugong... tak sangka nak berkawan pun ramai pilih yang slim - “Saya cuba kurangkan nasi, hasilnya agak lambat”

Pemuda ini turut berkongsi video hasil transformasi saiz tubuh badannya di TikTok yang sehingga kini meraih lebih daripada 550,000 jumlah tontonan.

Bercerita kepada mStar, pemuda yang senang disapa Afiq berkata dia sememangnya berbadan besar sejak kecil.

"Hanya dua tahun lepas baru saya nekad memulakan misi turunkan berat badan. Antara sebab-sebabnya, adalah kerana pernah kena 'reject' dalam perhubungan.



Pada peringkat awal, Afiq mengelakkan makanan bergoreng dan bergula.

"Tapi sebab utama saya nak turunkan berat badan adalah kerana karier sebagai seorang jurufoto bebas yang menuntut stamina yang lebih cergas.

"Selain itu, saya juga nak ubah penampilan kerana pernah menjadi mangsa 'body shaming' masa sekolah dulu. Dulu badan besar, kulit pun gelap... memang selalu kena," cerita pemuda berusia 25 tahun ini.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Berkongsi rahsia di sebalik kejayaannya menurunkan separuh berat badan, Afiq berkata dia mengambil pendekatan untuk mendapatkan khidmat nasihat daripada seorang pakar pemakanan.



Afiq mengambil pendekatan bertemu dengan pakar pemakanan ketika nekad mahu menurunkan berat badan.

"Saya ambil pendekatan untuk berjumpa dengan dietitian. Saya buat seperti mana yang dicadangkan beliau. Pada tiga bulan pertama, saya pantang makanan bergula dan berminyak.

"Selepas berjaya stop dua benda tu, saya diet guna kaedah 'calorie deficit'. Saya kurangkan portion makanan... masih ambil nasi namun dalam kuantiti sedikit, sebaliknya lebihkan protein.

"Saya turut amalkan empat hari dalam seminggu. Biasanya jogging dan simple workout. Namun setiap orang ada cara masing-masing," ujarnya yang menetap di Kota Bharu, Kelantan.

Saya mengaku ada ambil produk pelangsingan terlarang sebab nak dapat hasil pantas. Namun tak menjadi pun... mujurlah tiada kesan sampingan.

AFIQ ZAMRIE

JURUFOTO

Tidak menyangka videonya meraih perhatian, Afiq berkata dia sekadar mahu mengimbas kembali hasil usaha kerasnya selain mahu menyampaikan mesej positif kepada mereka yang juga berhasrat mahu menurunkan berat badan.

"Sebelum-sebelum ni banyak kali dah nak turunkan berat badan. Saya mengaku ada ambil produk pelangsingan terlarang sebab nak dapat hasil pantas. Namun tak menjadi pun... mujurlah tiada kesan sampingan.



Antara salah satu sebab Afiq mahu menurunkan berat badan adalah kerana kariernya sebagai jurufoto.

"Apa yang saya cuba sampaikan, tiada jalan pintas untuk dapatkan sesuatu... begitu juga nak kurus. Bagi saya, 'slowly but surely'. Alhamdulillah, sekarang lebih cergas... dulu mengah je. Kulit pun makin okay, keyakinan diri pun bertambah.

"Ramai juga kawan-kawan yang tak percaya. Maklumlah, dua tahun juga tak jumpa sebab PKP.

"Apapun, saya sekadar nak beri sokongan moral kepada mereka yang nak turunkan berat badan," katanya lagi.



Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain