suria

“Kita dah tidak ada masa, program vaksinasi ni lembab sangat” - Doktor rayu utamakan rakyat yang betul-betul mahu... pesakit kronik wajib!

Dr Rafidah memberikan pandangan berhubung strategi yang perlu ditambah baik agar matlamat program vaksinasi tercapai.

PENINGKATAN kes Covid-19 ketika ini semakin membimbangkan ramai, lebih-lebih lagi dengan kewujudan varian baharu yang makin mengganas.

Secara tidak langsung, keadaan ini menimbulkan persoalan mengenai keberkesanan program vaksinasi yang sudah bermula sejak beberapa bulan lalu.

Terpanggil untuk mengulas perkara ini, Pakar Perunding Perubatan, Dr Rafidah Abdullah turut menyuarakan pandangannya berhubung strategi yang perlu ditambah baik agar matlamat program vaksinasi tercapai.

ARTIKEL BERKAITAN: Perhatian rakyat Malaysia! Dr Rafidah rayu tunaikan satu perkara ketika beraya - “Beringatlah walau kita sihat dan tak bergejala”

ARTIKEL BERKAITAN: “Tak perlu PKP berdarjat, masyarakat keliru” - Dr Rafidah bimbang Malaysia ikut jejak India, rayu adakan PKP penuh sekali lagi

"Kita sudah tidak ada masa. Cukuplah mesyuarat, mesyuarat tiada berkeputusan. Cadangan saya, beri pada yang hendak buat masa ini. Ramai dah orang daftar. Mereka masih tertunggu-tunggu. Opt-in, daftar dan berebut-rebut pun bagus.

"Tapi berilah temujanji kepada mereka yang dah daftar lama. Ini memang golongan yang betul-betul mahu, tunaikan. Yang tidak mahu, ketepikan.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Yang telah diberi temujanji vaksin, dilaporkan ramai tidak pergi. Sebab? Waallahualam. Mungkin sebab Mak Teh; mungkin sebab bunga cengkih, mungkin juga sebab anak-anak tidak bagi atau mungkin tidak ada orang bawa. Kita husnuzon. Tidak mengapa, kita cari penyelesaian," tulisnya pada perkongsian di Facebook.

Tambah Dr Rafidah, golongan yang sepatutnya diberi keutamaan untuk mendapatkan vaksin Covid-19 adalah pesakit kronik kerana berisiko tinggi terdedah kepada maut.



Sebahagian perkongsian Dr Rafidah di Facebook.

"Dah berbuih mulut menyatakan, pesakit kronik sangat-sangat perlu. Didalam interpretasi saya, wajib. Tidak perlulah tanya lagi.

"Cepat-cepat daftar. Mereka ini kalau dijangkiti Covid-19, risiko maut tinggi. Jalankan tanggungjawab sebagai seorang anak atau ahli keluarga," tegasnya.

Dalam masa yang sama, Dr Rafidah turut menyeru semua pihak khususnya yang mempunyai 'jawatan' agar sama-sama menggembleng tenaga bukan saja untuk membimbing rakyat mengenai keperluan mendapatkan vaksin, tetapi menangkis maklumat tidak tepat yang tersebar.

Dah berbuih mulut menyatakan, pesakit kronik sangat-sangat perlu. Didalam interpretasi saya, wajib.

DR RAFIDAH ABDULLAH

PAKAR PERUNDING PERUBATAN

"Saya tahu ramai masyarakat Malaysia terpengaruh dengan jiran sebelah rumah dan pelbagai mesej WhatsApp berkeliaran. Mana wakil rakyat? Mana ketua kampung? Kerajaan negeri?

"Ajaklah mereka bersama-sama vaksin. Mainlah peranan seorang pemimpin. Ini kerja anda. Buatlah. Takkanlah ini kerja KKM juga. Ini tidak. Asyik kritik mengkritik satu sama lain. Apa faedahnya?



Dr Rafidah turut menyeru semua pihak khususnya yang mempunyai 'jawatan' agar sama-sama menggembleng tenaga menjayakan program vaksinasi.

"Cepatkanlah program vaksinasi ni. Lembab sangat. Bring in anything, everything. Apa jenis vaksin pun. Cepat sikit. Bagi saja syarikat swasta bawak masuk vaksin.

"Media mana? Tolong tunjukkan kebaikan vaksin kepada rakyat. Tak payah lah cerita-cerita artis langgar SOP. Pedulikan mereka ini. Gantikanlah dengan yang boleh mempengaruhi minda masyarakat kita ke arah membuat keputusan yang lebih betul," tegasnya lagi.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain