suria

Saksi ajal di depan mata, seseorang dedah lelaki berkain pelikat dalam video tular tak lena tidur - “Mengalir air mata mangsa, seolah-olah tahu akan pergi selamanya”

Dedah Bibi, lelaki berkain pelikat dalam video tular itu merupakan anak saudaranya yang kini sedang menerima rawatan di Maeps, Serdang.

PENULARAN video memaparkan sekumpulan petugas kesihatan sedang memberi rawatan kecemasan kepada pesakit Covid-19 yang sedang nazak ternyata mengundang perhatian ramai.

Video yang didakwa dirakam pada Sabtu di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Taman Ekspo Pertanian Malaysia (Maeps) di Serdang, Selangor itu sehingga kini meraih lebih dua juta tontonan di TikTok.

Menurut wanita dikenali sebagai Bibi Oni, 40, anak saudaranya merupakan salah seorang pesakit Covid-19 yang turut menjadi saksi kejadian itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Hati tak senang, doktor wanita disahkan positif Covid-19... puncanya pesakit tak jujur

ARTIKEL BERKAITAN: Doktor sekeluarga positif Covid-19, bapa ‘naik takut’ 5 anak viral... riang main TikTok dalam wad

"Kalau tengok video tu, yang pakai kain pelikat merupakan anak saudara saya. Dia sudah tiga ke empat hari menerima rawatan di sana.

"Sebenarnya video tu pun ada viral di tempat lain. Tapi saya juga ada dapat video sama, anak saudara hantar dalam grup WhatsApp keluarga.

"Jadi saya kongsi di TikTok untuk bagi kesedaran kepada semua. Saya tiada niat nak viral pun," ujarnya kepada mStar.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Mesra disapa Bibi, ejen pelancongan yang kini menjalankan bisnes roti di Kuala Kangsar, Perak itu mendedahkan sudah empat ahli keluarganya dijangkiti wabak berkenaan.

Terbaharu, kakaknya yang berusia 47 tahun serta anak saudara dikenali sebagai Syakirin, 26, sedang menerima rawatan di Maeps selepas dijangkiti wabak itu di Kampung Batu Muda Tambahan, Kuala Lumpur yang baru sahaja dikenakan perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula hari ini sehingga 5 Jun depan.

"Anak saya pernah kena Covid-19 pada Mac, anak saudara juga kena di sebuah kilang sarung tangan. Terbaharu, kakak dan anaknya yang juga anak saudara saya ditahan di Maeps.

Kata Bibi, sehingga kini empat ahli keluarganya dijangkiti wabak itu. (Gambar Hiasan).

"Anak saudara saya, Syakirin masih terkesan selepas dia tengok sendiri kematian salah seorang pesakit di depan matanya.

"Dia belum bersedia untuk ditemubual. Dia cuma update kami melalui WhatsApp. Dia kata, mangsa mengalir air mata, seolah-olah tahu dia akan pergi buat selamanya.

Kalau tak kena pada diri atau keluarga sendiri, memang susah percaya.

BIBI

"Masa tengah diberi bantuan pernafasan (CPR), anak saudara tengok telefon mangsa tak berhenti berbunyi.

"Anak saudara saya masih terkesan, tak boleh nak tidur sebab trauma," ujarnya lagi.

Dalam pada itu, Bibi turut memberi nasihat kepada masyarakat di luar sana agar terus menjaga diri dan sentiasa berhati-hati.

"Saya nasihatkan orang di luar sana hati-hati. Covid-19 memang real, bukan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) nak tipu.

"Kalau tak kena pada diri atau keluarga sendiri, memang susah percaya. Tapi percayalah ia wujud.

"Dalam keadaan macam ni, saya minta anak saudara serta kakak saya di Maeps agar selalu update. Kami pun tak lena tidur," ujarnya lagi.

Menurut pernyataan pada dua video berbeza yang tular, pesakit yang diberi rawatan di atas lantai sebelum meninggal dunia merupakan seorang pengawal keselamatan.

Dakwa individu yang meninggalkan komen di TikTok, ibu kepada pengawal keselematan itu turut menyusul dan meninggal dunia tidak lama kemudian, juga kerana Covid-19.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain