suria

Patutlah rajin promosi STPM di TikTok, rupa-rupanya guru praktikal ini ada kisahnya sendiri... akhirnya kaki dapat juga jejak kafe!

Kata Wan, pengajian peringkat STPM boleh menjadi laluan singkat untuk para pelajar meneruskan cita-cita mereka ke universiti.

HALA tuju setiap pelajar selepas tamatnya peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sangat penting dalam mengemudi perjalanan hidup mereka.

Ada yang menyambung pengajian ke insitusi pengajian tinggi, ada pula yang terus terjun ke alam pekerjaan.

Namun, ada juga yang memilih untuk kekal di sekolah dengan meneruskan pengajian peringkat Sijil Pelajaran Tinggi Malaysia (STPM).

ARTIKEL BERKAITAN: Gila-gila undang kecaman! Calon STPM tersasul ketika cuba rakam vlog, dituduh hidup berpaksikan lelaki

ARTIKEL BERKAITAN: Koma 2 minggu, ibu reda jika anak bongsu dijemput Ilahi... pelajar STPM imbas detik ‘mati hidup semula’ akibat kemalangan, batuk pun keluar darah

Begitu juga dengan guru praktikal ini yang banyak berkongsi tip dan maklumat berkaitan STPM menerusi video TikTok.

Mohamed Ridwan Mat Rawi, 24, mengakui pengajian peringkat STPM boleh menjadi laluan singkat untuk pelajar meneruskan cita-cita mereka ke universiti.

"Saya buat video di TikTok untuk ubah persepsi mengenai STPM. Mungkin ada yang pandang rendah, STPM juga dianggap lekeh oleh sesetengah orang.

Wan kini berkhidmat sebagai guru praktikal di sebuah sekolah di Pasir Mas.

"Tapi bagi saya, ia merupakan 'fast track' untuk kita ke universiti. Kalau sambung diploma selepas SPM, mungkin nak kena ambil pinjaman dan sebagainya.

"Kalau STPM, kos lebih murah dan sebenarnya memberi banyak pilihan untuk kita apply jurusan universiti," ujarnya kepada mStar.

Mesra disapa Wan, dia mendedahkan pernah berasa rendah diri pada awal dia menyambung pengajian STPM yang mana pada waktu itu kawan-kawannya sudah ke universiti.

Cita-cita saya nak jadi cikgu bermula sewaktu di tingkatan enam. Ketika itu, saya ada mengajar kawan-kawan ketika study group.

WAN

Namun kata anak ketiga daripada enam beradik itu, dia tak pernah menyesali keputusan yang dibuat dan gembira dengan apa yang dilaluinya sehingga ke hari ini.

"Pada awalnya rasa rendah diri juga. Bila kawan-kawan balik cuti, kami akan jumpa untuk berbual-bual. Mereka bercerita mengenai pensyarah, mengenai kafe.

"Saya pula belajar di sekolah, tiada kafe tapi ada kantin. Tapi dari situ, saya berusaha dan target untuk masuk universiti dan akhirnya boleh menjalani kehidupan sebagai mahasiswa seperti mereka," ujarnya.

Wan banyak berkongsi tip dan maklumat berkaitan STPM menerusi video TikTok.

Menurut penuntut Ijazah Pendidikan Universiti Sains Malaysia (USM) itu, dia gembira apabila usaha yang dibuat menerusi TikTok meraih sambutan positif.

"Saya memilih TikTok sebab ia mudah untuk digunakan. Saya boleh edit video ringkas dan kongsikan dengan semua.

"Cita-cita saya nak jadi cikgu bermula sewaktu di tingkatan enam. Ketika itu, saya ada mengajar kawan-kawan ketika study group.

Wan tak pernah menyesali keputusan yang dibuat dan gembira dengan apa yang dilaluinya sehingga ke hari ini.

"Dari situ saya rasa boleh jadi pendidik. Rasa sesuai dengan bidang pendidikan," ujarnya yang berasal dari Tumpat, Kelantan.

Kini sedang menjalani praktikal di sebuah sekolah di Pasir Mas, guru bahasa Melayu dengan minor bidang Geografi itu turut aktif berkongsi tip mengenai emas dan kewangan di TikTok.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain