suria

‘Bergayut’ dengan kawan nak hilang rasa seram syif malam, berlaku pula insiden aib tapi lucu - “Supervisor tengok CCTV”

Shahrizan terkejut apabila video CCTV kejadian itu tiba-tiba tular di media sosial.

APABILA bekerja pada waktu malam, sudah tentu pelbagai andaian bermain di fikiran.

Ada kalanya kita takut menjadi mangsa rompak, malah ada yang risau akan gangguan-gangguan mistik dan bermacam kerisauan lain.

Begitu juga dengan jejaka ini, Tengku Shahrizan Tengku Ridzwan, 24, yang sanggup 'bergayut' dengan seorang rakan bagi menghilangkan rasa takut ketika bekerja pada waktu malam, Jumaat lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Layan perasaan fikir masa depan... calon SPM ‘jatuh terduduk’, bukan ditolak tapi tiba-tiba tali buaian putus! - “Masa tu tengah feeling-feeling”

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya tak nak tangkap gambar dah, pengantin ajak juga” - Bridesmaid jatuh bendang rasa bersalah, gigih nak bergambar akhirnya pakaian lain dari yang lain

Namun, tanpa disangka-sangka, berlaku satu kejadian lucu yang turut dirakam oleh kamera litar tertutup (CCTV) sehingga dia menjadi bahan jenaka netizen.

"Saya kerja bahagian perhotelan. Biasanya saya jaga outlet di Setapak, Kuala Lumpur. Tapi pada malam tu pertama kali saya ditugaskan jaga outlet di Chowkit.

Paparan skrin video tular itu.

"Saya tak biasa dengan persekitaran di situ. Masa tu tengah rasa takut, jadi saya hubungi kawan untuk berborak.

"Masa tengah asyik bercakap, saya tak perasan ada paip besi di atas lantai. Saya tersadung dan terjatuh sehingga luka sikit di bahagian siku.

Saya tak rasa malu, cuba terhibur dengan diri sendiri. Saya pun tak perasan ada paip, tengah asyik berborak.

SHAHRIZAN

"Kemudian tak lama lepas tu saya tengok video saya dah jadi viral. Rupa-rupanya supervisor saya yang tengok CCTV tu, dia post di status WhatsApp dan selepas itu jadi makin viral," ujarnya kepada mStar.

Mesra disapa Shahrizan, jejaka dari Kuantan, Pahang itu mengakui tidak malu dengan apa yang berlaku, sebaliknya dia terkejut apabila dirinya menjadi perbualan ramai.

Malah katanya, dia yang turut terhibur dengan kejadian itu turut berkongsi sekali lagi video yang telah ditularkan oleh netizen menerusi akaun TikTok miliknya.

"Saya tengok ramai orang post video saya. Memang terkejut, tapi alang-alang dah viral, saya pun kongsi di TikTok saya.

Shahrizan mengakui terhibur dengan diri sendiri selepas dia menyedari kewujudan video itu.

"Saya tak rasa malu, cuba terhibur dengan diri sendiri. Saya pun tak perasan ada paip, tengah asyik berborak.

"Masa jatuh tu, panggilan telefon tetap diteruskan. Saya dengan kawan tergelak tengah-tengah malam tu.

"Lepas letak telefon pun saya masih ketawa sendirian," ujarnya berseloroh.

Menurut Shahrizan, biarpun takut bekerja di lokasi baharu itu, dia setakat ini belum pernah berhadapan peristiwa mistik mahupun kejadian jenayah.

Shahrizan hanya mengalami luka di bahagian siku dalam kejadian itu.

"Kali pertama jaga outlet situ, dengan tak kenal tempat orang, kawasannya macam mana. Tak ada apa pun sebenarnya, cuma rasa takut. Sebab tu saya hubungi kawan.

"Kejadian mistik saya tak pernah alami. Orang lain ada la yang alami. Ada juga kawan yang kena samun.

"Saya cuma ambil langkah berjaga-jaga je la, sebab takut tu sentiasa ada," ujar anak kedua daripada empat beradik itu.

Dalam pada itu, Shahrizan turut berterima kasih kepada netizen yang turut memberi kata-kata semangat, tak kurang juga yang risau akan keadaan dirinya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Ada cerita menarik mahu dikongsi? E-mel kepada kami di mstar@thestar.com.my

Artikel Berkaitan

Artikel Lain