suria

Kecoh! Kisah 4 sekawan perangai lain-lain panik dalam kereta, tiba-tiba nampak lori berasap - "Pemandu pening tak tau nak ikut yang mana"

Keadaan lori yang tiba-tiba berasap di hadapan empat sekawan itu.

SIAPA tak panik melihat kenderaan di hadapan yang tiba-tiba berasap lebih-lebih lagi ketika keadaan cemas dan masing-masing bersuara.

Si pemandu umpama 'ditelan mati emak diluah mati bapak' sama ada meneruskan perjalanan meredah asap atau membuat pusingan dan berpatah balik.

Begitulah keadaan di dalam kereta Perodua Myvi apabila empat rakan baik mempunyai pendapat tersendiri.

ARTIKEL BERKAITAN: Tragis kisah 4 sahabat... mangsa terakhir keracunan karbon monoksida semakin stabil

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu panik! Tinggal sekejap je dalam kereta, anak kecil dah terlepas dalam longkang demi 'nak cari pahala' "Nakal-nakal mereka, ada juga sifat baik

"Tak semua lelaki mampu bertahan dalam situasi itu," tulisnya di akaun Tiktok.

Berkongsi cerita dengan mStar, Mazni Mat yang juga salah seorang di antara mereka di dalam kenderaan tersebut berkata kejadian yang berlaku itu tidak seteruk keadaan di dalam kereta.

Video yang dimuat naik Mazni itu tular di laman TikTok apabila ia menarik perhatian netizen dengan gelagat keempat-empat mereka.

Sehingga kini perkongsian itu meraih 113,000 likes dan 2,000 komen dalam kalangan netizen.

Empat sahabat yang juga rakan sekerja berhadapan situasi lori berasap sebagaimana video yang kini tular.

"Sebenarnya lori di depan kami itu tak terbakar pun, dia tiba-tiba berasap mungkin disebabkan ekzos rosak dan masalah pedal minyak tersangkut.

"Saya tak pasti sangat apa yang terjadi cuma yang saya tahu lori berkenaan memang sudah berada di tepi jalan dan pemandu lori itu memang dah ada di luar lori bukan di dalam.

"Mula-mula masa kami berhenti dekat lampu isyarat kami tak nampak apa-apa asap pun, bila lampu dah hijau jalan sikit baru nampak jelas asap berkepul-kepul.

Baru setahun jagung Mazni bekerja dia salah sebuah syarikat automotif iaitu Proton di Sungai Petani, Kedah.

"Video yang direkodkan itu hanya berdurasi dua minit dan masa itu memang kejadian baru berlaku," katanya kepada mStar.

Dalam kejadian yang berlaku pada Isnin lalu kira-kira pukul 1.30 petang itu, empat sahabat yang juga rakan sekerja di sebuah syarikat automotif dalam perjalanan keluar makan tengahari di sebuah kedai nasi kandar berdekatan Amanjaya Mall, Sungai Petani di Kedah.

Mazni, 32 berkata suasana dalam kereta menjadi huru hara apabila rakannya yang dikenali sebagai Nisa ada bersama.

Sebenarnya lori di depan kami itu tak terbakar pun.

MAZNI

Ibu kepada cahaya mata perempuan berusia lebih setahun itu berkata, Nisa sememangnya mempunyai perwatakan kelam kabut dan cepat panik.

"Kami memang bekerja sekali sebagai penasihat jualan di syarikat Proton dan selalu keluar makan waktu rehat sama-sama.

"Si jejaka yang memandu ini namanya Faris. Dia memang selalu kena buli dengan kami yang perempuan ini di tempat kerja. Dia terlampau baik, suka buat sahaja apa yang orang suruh.

Faris bersabar berdepan situasi cemas dan panik rakan-rakannya.

"Nisa pula cepat panik, tu yang dia nak turun dulu dari kereta sebab takut sangat. Lagi seorang pula Syaza, dia ni penakut tetapi berani nak turun tengok sebab sibuk nak tahu apa yang jadi.

"Saya paling tua antara semua, ketiga-tiga mereka berusia 28 tahun dan masa kejadian kami tiga wanita di belakang, Faris di bahagian pemandu dan sebelah dia memang tak ada orang sebab ada baby car seat," ujarnya.

Rata-rata netizen di ruangan komen tersebut memuji sikap dan tindakan yang diambil Faris ketika itu.

Sementara itu, Mazni berkata banyak komen netizen yang menghiburkan mereka biarpun ada yang negatif.

Mazni bersama suami yang bernama Tajul Islam dan anaknya iaitu Tyara Suci Al Kausar.

"Macam-macam betul komen netizen. Banyaknya komen itu tuju dekat Faris sebab sabar dengan kami tiga wanita ini.

"Bukan itu sahaja, ada pula sempat mempertikai naik kereta Perodua kerana kami semua bekerja di Proton.

"Sebenarnya kawan saya Faris itu dah tempah nak beli Proton X50 cuma tak sampai ja lagi," jelasnya.

Situasi yang cemas itu turut menghiburkan hati orang ramai apabila kekecohan yang berlaku di antara mereka itu seperti sudah dapat dijangka.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain