“Lapan tahun kenal, tahun keenam baru jumpa” - Hubungan jarak jauh makin sukar sebab PKP, netizen temui 2 ‘kunci’ kekal bahagia

Nampaknya ramai warga Twitter sedang menjalani percintaan jarak jauh. -foto Freepik

SELAIN perkongsian info terkini, ramai yang turut menjadikan Twitter sebagai diari curahan hati mereka.

Baru-baru ini, akaun @twt_cinta turut menjadi perhatian ramai gara-gara satu perkongsian berhubung percintaan jarak jauh atau lebih popular disebut LDR (long distance relationship).

"So siapa pernah LDR? Atau sedang LDR? Bagi aku LDR ni agak mencabar sikit. Jumpa mungkin sebulan sekali. Atau tiga bulan sekali.

ARTIKEL BERKAITAN: Cinta jarak jauh, lelaki ini dapat ‘kejutan’ selepas 2 bulan menabung nak belikan awek iPhone - “Kerajaan suruh duduk rumah diam-diam, dia diam-diam cari laki lain”

ARTIKEL BERKAITAN: Cinta Jarak Jauh Pasangan #LundangtoNewcastle

"Hanya jarak yang memisahkan dua hati dari bersatu. Yang paling penting untuk tempuhi LDR ni ialah kepercayaan dan komunikasi. Percayalah," tulis pengendali akaun itu.

Ruangan komen tweet itu pantas dihujani komen-komen netizen yang turut bercerita mengenai kisah masing-masing.

Antaranya, perkongsian beberapa kisah perhubungan secara jarak jauh dengan pasangan yang bertahan selama bertahun-tahun lamanya.

Ada netizen di Twitter mengakui sudah bercinta secara jarak jauh bertahun lamanya. (Foto: Grand Brilliance)

Selain berkongsi cerita, ada yang turut menyenaraikan cabaran-cabaran yang wajib dihadapi mana-mana pasangan LDR, antaranya kehadiran orang ketiga.

Apa yang menariknya, rata-rata netizen yang sedang berhubungan secara jarak jauh seolah-olah senada dan menyifatkan dua aspek iaitu komunikasi dan kepercayaan sebagai kunci utama keutuhan hubungan masing-masing,

"Aku Kedah, dia Johor. Almost lapan tahun perkenalan kami, tahun keenam baru pertama kali jumpa dan mula serius.

"Wow tak sangka eh lapan tahun hadap LDR. Tiada masalah pun LDR kalau masing-masing pandai komunikasi dan tak pernah terlintas pun nak cari lain," kongsi seorang gadis.

Yang paling penting untuk tempuhi LDR ni ialah kepercayaan dan komunikasi. Percayalah.

PENGENDALI TWITTER @TWT_CINTA

Seorang lagi wanita turut berkongsi pengalaman sama berhubung kisah cintanya.

Malah katanya, keberadaan buah hati di Sabah, ditambah dengan situasi semasa Covid-19 ketika ini pastinya menyukarkan lagi usaha mereka untuk bersua.

"Kali terakhir jumpa bulan Februari lalu. Dan sekarang dia di Sabah, tengah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kan.

"Lagilah, tahun depan je jumpa agaknya. LDR memang susah. Tapi kena ingat, kepercayaan dan komunikasi tu penting," tulis wanita itu.

Rata-rata netizen berpandangan PKP juga menyukarkan lagi hubungan jarak jauh.

"Saya pun sedang LDR dengan pasangan sekarang. Memang sangat mencabar. Saya di Terengganu dia di Putrajaya. Dah sembilan bulan tak jumpa.

"Tambah PKP ni lagi susah. Tapi apa yang penting kena ada kepercayaan dan komunikasi walaupun selalu gaduh," tulis seorang individu lagi.

Dalam pada itu, banyak komen lain turut ditinggalkan berhubung kisah percintaan LDR masing-masing.

Malah, ada juga yang kecundang di tengah jalan gara-gara tidak tahan berjauhan dengan pasangan.

"Lapan bulan LDR, dua hari selepas putus dia dah jadi teman lelaki orang lain.

"Setahun lebih aku LDR dengan si dia. Tapi apakan daya kami diuji macam-macam. Masa kami putus dia bersunguh ajak berbaik. Aku tolak sebab ikut emosi, sekarang aku menyesal," kongsi beberapa netizen lagi.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain