Cinta Jarak Jauh Pasangan #LundangtoNewcastle - Semasa | mStar

Cinta Jarak Jauh Pasangan #LundangtoNewcastle

PETALING JAYA: Seorang di London dan seorang lagi di Kota Baru. Namun faktor jarak tidak akan dirasai oleh cinta sejati.

Kisah pasangan muda ini berjaya menyentuh banyak hati yang ingin mengetahui mengenai kebahagiaan cinta mereka.

Rasa cinta semakin mekar apabila syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) menghasilkan filem pendek mengenai percintaan mereka, bertajuk Home - #LundangtoNewcastle.

Video filem pendek itu mencapai lebih 1.3 juta tontonan hanya dalam beberapa hari.

Home mengisahkan kisah rakyat Malaysia, Aadil Marzani dan Nik Nurul Athirah yang saling berhubung melalui media sosial kerana faktor jarak yang memisahkan mereka.

Perkataan 'Lundang' secara kebetulan adalah perumpamaan kepada London bagi masyarakat Kelantan dan Newcastle adalah terjemahan langsung bahasa Inggeris menjadi Kota Baru.

Aadil berkata hubungan cinta mereka adalah sejati, bukan sekadar drama untuk tujuan promoasi.

Jurutera kelahiran London itu bekerja di England manakala Athirah adalah seorang doktor di Hospital Kota Baru.

Kedua-dua mereka bertemu secara kebetulan semasa majlis graduasi Athirah di Trinity College, Dublin.

"Salah seorang daripada saudara-mara saya baharu sahaja menamatkan pengajian di kolej ini...ketika itu saya melihat wanita ini comel berdiri di sebelah saudara saya. Saya berkata kepada diri saya sendiri 'cantiknya gadis ini!' - Dia mempunyai senyuman yang menarik perhatian. Saya biasanya tidak melakukan perkara-perkara seperti ini, tetapi saya hantar mesej kepada saudara saya untuk bertanya mengenai dirinya.

"Saya rasa begitu pelik untuk mendekati seseorang itu melalui Facebook, tapi saya tetap lakukannya. Pada masa itu dia di Kota Baru dan saya bekerja di Kuala Lumpur. Jadi jarak jauh sudah pastinya akan menjadi faktor dalam hubungan kami," kata Aadil.

Sementara itu reaksi pertama Athirah mengenai pemuda kacak itu ialah: "wow, ini adalah pelik tetapi saya rasa tidak ada salahnya untuk mengenali kawan baharu!".

Cinta mereka berkembang perlahan-lahan.

"Athirah pernah berfikir bahawa saya adalah seorang yang membosankan dan serius. Saya mengambil masa yang lebih untuk memenangi hatinya. Dia akhirnya melihat sisi lucu saya," kata Aadil.

Pasangan itu berkata, mereka dapat merasakan sokongan daripada rakyat Malaysia selepas tersiarnya video pendek itu.

Dalam filem pendek itu, Aadil mengambil gambar pemegang kunci lebah dan dirinya sambil berjalan di sekitar London.

Athirah melakukan perkara yang sama di Kota Baru dan mereka berkongsi gambar.

"Peluang untuk melihat wajah masing-masing apabila berada dalam hubungan jarak jauh amat jarang berlaku. Kami hanya dapat berjumpa satu sama lain sekali setahun...namun hubungan kami berjaya sampai sejauh ini.

"Saya benar-benar berharap untuk bertemu Aadil lagi secara peribadi," kata Athirah.

Difahamkan kedua-duanya akan berkahwin pada Ogos depan.

MAS , #LundangtoNewcastle

Artikel Berikut

Kad Kredit Bayar Fi Pasport

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

Artikel Lain

Nasharudin Mat Isa akan didakwa Selasa