suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kod Pakaian Hanya Garis Panduan, Bukan Mandatori - KP Kesihatan

Dr Noor Hisham Abdullah.

KUALA LUMPUR: Walaupun kod pakaian di hospital diwujudkan untuk pelawat namun ia hanya sebagai garis panduan dan bukan mandatori, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Pada Selasa, gambar seorang wanita yang terpaksa memakai tuala bagi membolehkannya dapat memasuki hospital menjadi viral di media sosial.

Wanita itu dilaporkan tidak dibenarkan masuk ke dalam wad oleh pengawal keselamatan di Hospital Sungai Buloh pada 16 Jun lalu kerana memakai seluar pendek.

"Kita mempunyai garis panduan untuk pelawat tetapi ia tidak bermakna kita tidak membenarkan pelawat masuk.

"Garis panduan hanya sekadar nasihat dan bukannya mandatori," katanya.

Dr Noor Hisham berkata, pengawal keselamatan yang menghalang wanita berkenaan daripada masuk ke dalam wad dilaporkan baharu sahaja bertugas sebulan yang lalu.

"Kita telah menasihatkan pengawal itu berhubung perkara ini," katanya selepas majlis berbuka puasa Kementerian Kesihatan pada malam Selasa.

Bapa kepada wanita itu dikatakan terpaksa meminjam sehelai tuala daripada salah sebuah wad untuk dipakai anaknya bagi menutup bahagian kaki.

Hospital Sungai Buloh telah mengeluarkan permohonan maaf dengan mengatakan bahawa tiada polisi di bawah Kementerian Kesihatan mahupun pihak hospital yang menyekat kemasukan berdasarkan pemakaian.

Bagaimanapun, para pelawat dinasihatkan supaya berpakaian sopan.

Dr Noor Hisham Abdullah

Artikel Lain