suria

Tak cukup ajak tumpang rumah, bakal pilot terkejut lihat usaha gigih sahabat berbeza bangsa 10 minit menjelang azan Maghrib

Amir (kanan) sudah bersahabat dengan Leonard (kiri) sejak tahun 2016.

BIARPUN berbeza bangsa dan agama, ia langsung tidak menjadi halangan untuk dua pelajar berusia 23 tahun ini menjalinkan persahabatan sejak sekian lama.

Mula berkenalan sewaktu mendaftarkan diri ke sebuah akademi penerbangan di Langkawi, Kedah pada 2016, dua bakal juruterbang ini menjadi perhatian ramai gara-gara sebuah video tular di laman Twitter.

Dalam video berdurasi 10 saat itu, Leonard Lourdes Masalamani menggunakan aplikasi kompas dalam telefon miliknya untuk membetulkan kedudukan sejadah mengikut kiblat buat Amir Fadhillah Abdullah Abdul Ghani yang bertandang ke rumahnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Beza agama takde hal! Geng 'pilot' sambut Ramadan di Thailand, “Kami berbuka, masak sahur sama-sama”

ARTIKEL BERKAITAN: Tetamu ditunggu tak tiba, mujur rakan beza bangsa hargai jemputan open house... redah 'jam' walau dijemput saat akhir

Mesra disapa Amir, anak kelahiran Sarawak yang menetap di Sabah ini menumpang di rumah sahabatnya yang berbangsa India itu di Shah Alam, Selangor buat sementara waktu bagi menduduki peperiksaan di Sepang pada Selasa dan Rabu ini.

"Kami ada peperiksaan, saya pula tak ada tempat tinggal di sini. Saya dengan Leonard dah berkawan lama, jadi dia ajak duduk rumah dia.

"Bukan Leonard sahaja, ibu bapa dia turut layan saya macam anak sendiri, mengalu-alukan kedatangan saya," ujarnya kepada mStar.

Amir sama sekali tidak menyangka video yang dikongsi di Twitter akan tular.

Bercerita lanjut mengenai video tular itu, Amir berkata ia berlaku sebelum waktu solat Maghrib pada Khamis petang.

Setelah mengambil wuduk, dia berehat seketika di atas katil sambil menunggu azan sebelum melihat rakannya sedang membetulkan kedudukan sejadah mengikut arah kiblat.

"Saya tengah tunggu waktu solat, biasanya dah set alarm 10 minit awal sebelum masuk waktu. Jadi saya pun dah ambil wuduk dan duduk sekejap atas katil.

Saya pun tak tahu Amir sedang rakam video. Dia sebenarnya seorang kawan yang baik, saya lihat dia solat lima waktu setiap hari.

LEONARD LOURDESS MASALAMANI

RAKAN

"Tapi saya nampak dia buat sesuatu. Rupa-rupanya tengah betulkan sejadah guna kompas dalam telefon," ujarnya lagi.

Sekadar berkongsi di media sosial, Amir mengakui tidak menyangka ia bakal menjadi tular.

Paparan skrin video tular itu.

"Tak semestinya berbeza bangsa tak boleh berkawan baik. Saya harap video ni dapat buka mata semua.

"Pada saya manusia sama sahaja. Kita baik dengan orang tanpa mengira agama dan bangsa. Semua boleh berkawan," katanya lagi.

Turut senada dengan Amir, Leonard yang beragama Kristian tidak menyangka video melibatkan dirinya akan menarik perhatian ramai.

Amir (kanan) bersana Leonard (kiri).

Namun, dia berharap ia mampu memberi tauladan kepada sesiapa sahaja yang menonton dan mahu keharmonian kaum di negara ini terus utuh.

"Saya tak jangka ia akan viral, saya pun tak tahu Amir sedang rakam video. Dia sebenarnya seorang kawan yang baik, saya lihat dia solat lima waktu setiap hari," ujarnya ringkas.

Sehingga kini, video itu sudah menerima lebih 65,000 tontonan di Twitter.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
juruterbang, sejadah, kiblat, kompas

Artikel Lain