suria

Bagai pelanduk 2 serupa, Azfar Heri terkejut ‘kembarnya’ lincah beraksi dalam video TikTok - “Saya anggap jenaka saja”

Azfar (kanan) terkejut melihat individu mirip wajahnya (kiri) dalam satu video tular.

ORANG kata, dalam dunia ini ada tujuh individu yang wajahnya mirip dengan kita.

Entah benar atau tidak, orang yang pernah mengalaminya sahaja dapat mengesahkan perkara itu.

Terbaharu, selebriti media sosial dan juga YouTuber popular, Muhammad Azfar Herisyam atau Azfar Heri turut berhadapan situasi itu.

ARTIKEL BERKAITAN: “Kena guna patik ke, manalah tahu macam orang zaman dulu” - Pemuda menjerit dapat mesej daripada puteri raja

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Kembar’ Billie Eilish tak melatah dicop perasan, dedah kisah di sebalik pemakaian baju besar - “Bagi saya kami tak sama langsung”

Di laman Twitter, tiba-tiba sahaja satu video TikTok menjadi perhatian ramai hinggakan individu tersebut didakwa sebagai dirinya.

Kata jejaka berusia 22 tahun itu, dia juga terkejut apabila dimaklumkan oleh rakan-rakannya mengenai kewujudan video itu.

"Lepas beberapa kawan hantar, saya pun tengok video tu. Saya tengok macam sama pula. Rasa ada iras sikit-sikit, mungkin sebab rambut dia panjang.

Individu dalam video TikTok dipercayai dari luar negara disamakan dengan Azfar.

"Muka juga agak sama dari sisi tepi, tapi badan lain sikit. Ramai juga orang perkatakan pasal video ni di Twitter.

"Mula-mula tengok tu rasa terkejut, kemudian saya terfikir... bila masa aku buat video ni? Rupa-rupanya video dari luar negara," ujarnya dalam nada berseloroh.

Bercerita kepada mStar, Azfar berkata ia bukanlah kali pertama dia berhadapan situasi itu.

Orang terhibur, jadi buat apa saya nak bitter. Lagi pun tu orang luar.

AZFAR HERI

SELEBRITI MEDIA SOSIAL

Jika diimbas kembali katanya, dia juga pernah bertemu dua individu yang memiliki wajah hampir sama dengannya.

"Pernah jumpalah, macam seorang atau dua yang rupa lebih kurang sama dengan saya.

"Tapi yang video TikTok ni ramai cakap sama. Saya anggap sebagai jenaka sahaja.

Azfar mengakui terhibur membaca komen mengenai persamaan wajahnya dengan individu itu.

"Orang terhibur, jadi buat apa saya nak bitter. Lagi pun tu orang luar. Ada juga orang bergurau, kata dulu saya hanya memasak, sekarang menari pula," ujarnya lagi.

Dalam video TikTok tular itu, seorang individu dipercayai lelaki menggayakan beberapa kostum sambil menari diiringi lagu rancak.

Ia sehingga kini menerima lebih 1.1 juta tontonan setelah dikongsi oleh seorang individu di Twitter.

Azfar juga merupakan seorang YouTuber.

Untuk rekod, ia bukanlah kali pertama Azfar mendapat liputan mStar.

Dia baru-baru ini turut mencuri perhatian ramai selepas menerima mesej dari Tengku Puteri Jihan Azizah 'Athiyatullah.

Menerusi mesej itu, Tengku Puteri Jihan meminta Azfar membuat video khas untuk kakaknya, Tengku Puteri Afzan.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
Azfar Heri, YouTuber, TikTok, kembar

Artikel Lain