suria

Masa kecil conteng dinding, masuk umur 12 tahun bapa saudara rasa ‘lain macam’ tengok lukisan anak buah... Teme Abdullah pula akui terlopong!

Bakat Fidaa mencuri perhatian ramai di laman Twitter.

"BARU 12 tahun dah nampak bakat dia."

Demikian komen seorang netizen berhubung kisah tular bakat melukis seorang kanak-kanak lelaki di Twitter.

Menurut Anas Jailani, 24, dia sendiri kagum melihat karya dihasilkan anak saudaranya, Ahmad Fidaa Ahmad Fadhli sehingga terpanggil untuk berkongsi mengenainya di laman sosial.

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Stay at home’ sangat berharga! Waktu bersiap, memandu diguna untuk melukis - “Habis Perintah Kawalan Pergerakan boleh buka galeri”

ARTIKEL BERKAITAN: “Disebabkan Abam, rezeki datang dengan cara macam ni” - Pelukis terkilan karikatur Bocey ‘disebat’ sesuka hati... Tok Ti ‘level lain’ pun bagi kredit!

Bercakap kepada mStar, dia yang mesra disapa Anas mendedahkan anak pertama daripada lima beradik itu sememangnya suka melukis sejak kecil lagi.

"Ibu bapa dia banyak beri galakan, dia juga masuk kelas seni. Awal-awal dulu biasalah, tengok dia suka mewarna, melukis kartun.

"Masa kecil conteng-conteng dinding. Kemudian tengok lukisan dia kali ni, saya rasa lain macam. Pada pandangan saya, ni macam dah luar biasa.

Fidaa suka melukis sejak kecil lagi.

"Kagum, terkejut juga. Bila saya tengok lukisan tu, nampak potensi dalam diri dia," katanya sewaktu dihubungi.

Menurut Anas, dia enggan memaksa minat anak saudaranya itu dalam memilih haluan kerjaya namun menaruh harapan untuk melihat dia berjaya dalam bidang yang diminati kelak.

Malah kata Anas lagi, dia juga terharu dengan sokongan orang ramai yang ditunjukkan terhadap Fidaa menerusi posting viral itu.

Fidaa sebenarnya hanya pakai pen merah dan lukis tanpa pembaris. Dia lukis sambil rujuk gambar sahaja.

ANAS JAILANI

BAPA SAUDARA

"Saya hanya berharap perjalanan dia dipermudahkan. Memang berharap bakatnya dapat perhatian.

"Tapi dari segi kerjaya, ikut pilihan dia... tak boleh paksa. Cuma berharap dia buat pilihan yang tepat.

Anas berkongsi bakat lukisan anak saudaranya menerusi laman Twitter sehingga ia menjadi tular.

"Gembira baca komen-komen di Twitter, ramai yang puji. Fidaa sebenarnya hanya pakai pen merah dan lukis tanpa pembaris. Dia lukis sambil rujuk gambar sahaja," kata Anas lagi.

Dalam pada itu, pelukis terkenal Teme Abdullah yang pernah mendapat perhatian Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah turut memberi komen mengenai bakat kanak-kanak itu.

"Mula-mula tengok saya dah amazed dah. Siap zoom-zoom lagi. Bila tahu umurnya baru 12 tahun, terlopong saya. Jauh langkah adik ni nanti InsyaAllah," tulis Teme.

Fidaa (atas, kiri) bersama adik-beradik dan ibu bapanya.

Menurut pelayar Twitter yang lain, karya dihasilkan Fida juga kelihatan persis lukisan seorang arkitek.

Sehingga kini, posting Anas mengenai anak saudaranya itu menerima lebih 6,000 ulang kicau (Retweet) di Twitter.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain