suria

Kejadian pukul 6 petang di bulan puasa, runner gelisah tiba-tiba tali beg putus di rumah pelanggan... mak terkenangkan anak jadi penyelamat – “Dua murtabak RM8, beri upah RM7”

Kisah putus tali beg seorang runner mengingatkan seorang ibu mengenai nasib anaknya yang turut mengambil upah sebagai runner.

“KAU dah kenapa? Seluar koyak ke?”

Demikian pertanyaan seorang kakak kepada adiknya yang secara tiba-tiba meminta bekas jarum dan benang, seperti yang dikongsikan bersama mStar.

Perkongsiannya di laman sosial tular mengenai tali beg milik seorang runner atau penghantar barang putus sebaik menghantar barangan ke rumahnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Peniaga ‘sekolahkan’ pelanggan sedap-sedap order dari rumah, tapi bising COD kena bayar caj penghantaran - “Mana ada COD sambil joging saudara”

ARTIKEL BERKAITAN: Pengalaman berdepan datin ‘bengis lagi bakhil’ buat lelaki ini sedar nilai seorang rider - “Anak beri baki 10 sen minta isi minyak motor”

Gadis berkenaan, Nur Amiera Idayu Ronzi berkata, kejadian berlaku minggu ini ketika runner tersebut menghantar murtabak yang dipesan keluarganya untuk juadah berbuka puasa ke kediamannya di Paroi, Negeri Sembilan.



Perkongsian Nur Amiera mengenai insiden membabitkan seorang runner sebelum waktu berbuka.

Pelajar berusia 21 tahun itu memberitahu, keadaan beg pemuda berkenaan yang kelihatan lusuh itu disedari adik perempuannya yang kemudian mendapatkan bantuan ibunya.

“Bila mak tengok tali beg tu, cepat-cepat dia ambil benang dan jarum untuk jahit. Nasib baik mak tengok sebab tali beg tu betul-betul putus masa hantar murtabak kat kami.

“Perasan ada dua tiga lagi barang dalam beg tu. Jadi, macam mana dia nak sandang beg tu dengan tali sebelah je? Jadi, kami minta dia tunggu sebentar untuk mak tolong jahitkan tali beg dia, ” katanya kepada mStar.

Nur Amiera berkata, kejadian berlaku pada kira-kira pukul 6 petang dan wajah pemuda berusia awal 20-an itu jelas gelisah memandangkan tidak mempunyai banyak masa untuk menyelesaikan baki penghantaran sebelum waktu berbuka puasa.



Tali beg runner yang siap dijahit ibu Nur Amiera.

Kongsinya lagi, ibunya cuba melakukan yang terbaik dalam waktu singkat untuk mempermudahkan urusan pemuda berkenaan.

“Kasihan... tali beg putus, masa suntuk untuk hantar baki beberapa pesanan. Mak betul-betul nak tolong dia sebab abang saya sendiri jadi runner untuk mak yang berniaga makanan.

“Mak bayangkan macam manalah keadaan abang di luar sana masa hantar barang. Kalau perkara tu jadi pada abang, ada ke orang nak tolong dia?” katanya.



Gambar kiri Nur Amiera (kiri) bersama ibunya, manakala gambar kanan menunjukkan Nur Amierah (kiri) bersama adik perempuannya.

Menurut pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Segamat itu, riak wajah runner berkenaan semakin resah apabila cuaca tiba-tiba hujan selepas itu.

“Masa dia datang ke rumah, cuaca dah mendung. Bila dia nak beredar, tiba-tiba hujan. Ya Allah, rasa macam nak nangis tengok dia, dia tetap gerak juga walaupun basah kuyup.

Kasihan... tali beg putus, masa suntuk untuk hantar baki beberapa pesanan. Mak betul-betul nak tolong dia sebab abang saya sendiri jadi runner untuk mak yang berniaga makanan

NUR AMIERA

“Sama macam mak yang anggap dia sebagai anak, saya pun bayangkan dia tu abang saya. Macam ni ke kalau abang saya hantar barang semasa hujan?” ujarnya yang mengikuti pengajian Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Rekod.

Nur Amiera bagaimanapun berasa agak lega kerana upah yang diberikan kepada pemuda berkenaan sedikit sebanyak membantu meringankan bebannya.



Nur Amiera turut membayangkan dugaan yang dilalui abangnya sebagai runner.

“Dia sebenarnya hanya jadi runner dan upah yang dikenakan adalah seikhlas hati. Kami beli dua keping murtabak berjumlah RM8 dan kami beri upah RM7.

“Mungkin ada segelintIr orang yang berkira pasal upah penghantaran oleh runner ni. Ingatlah, mereka bukan berkorban masa dan tenaga saja, tapi risiko dengan macam-macam keadaan, termasuk ketika penularan wabak Covid-19.

“Abang saya pun kenakan upah seikhlas hati, ada pelanggan beri 50 sen dan abang tetap terima seikhlasnya. Melihat keadaan runner tu, saya fikir buat apalah berkira sangat bila cash on delivery (COD) dan saya beri upah seikhlas hati di atas susah payah dia hantar dengan tali beg putus dan basah kutup, ” ujarnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
runner, tali beg, COD,

Artikel Lain