suria

Bapa bawa anak ke hospital terharu, staf India kejar sampai kereta nak bagi barang penting - “Malaysia sangat indah kalau kita nak lihat keindahan”

Tindakan wanita India itu dilihat kecil oleh sesetengah individu tapi amat besar nilainya kepada Mohd Fahmi. - Gambar hiasan

MESKIPUN media sosial sering memperlihatkan posting berbaur perkauman tetapi dunia realiti sebenarnya jauh lebih indah daripada disangka.

Sebagai contoh, perkongsian seorang pemuda di Facebooknya membuktikan sifat kasih sayang antara rakyat di negara ini masih menebal tak kira warna kulit, kaum, agama, bangsa dan keturunan.

Mohd Fahmi Huzairi meluahkan rasa terharu dengan tindakan seorang wanita India yang juga petugas frontliner di sebuah klinik kesihatan yang memberikan topeng muka demi keselamatannya.

ARTIKEL BERKAITAN: Bengkel kurang job, mekanik selamba tak caj ambulans aircond rosak tanpa pengetahuan bos - “Perkhidmatan kau tak ternilai bro...”

ARTIKEL BERKAITAN: Bapa mandi di luar rumah jam 2 pagi, ibu makin kurus... paling sedih adik sampai mengigau - “Ayah marah Auni ke?”

Sebelum itu, lelaki itu menemani anaknya hadir ke klinik kesihatan tersebut untuk membuat pemeriksaan ulangan bagi mengenal pasti sama ada anaknya dijangkiti tibi atau tidak.

“Lepas habis checking, Alhamdulillah anak aku buat masa ni OK lagi dan belum ada tanda dijangkiti tibi. Jadi Rabu ni kena datang semula jumpa doktor.

Orang ramai menggunakan topeng mulut semasa berada di luar sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

“Dah siap tu sebelum balik aku cuba minta sekeping face mask untuk aku pakai sendiri sebab nak beli memang tak ada di pasaran sekarang.

“Tapi akak pembantu kesihatan tu cakap klinik pun dah tak ada stok, cukup untuk pakai kakitangan je,” katanya dalam posting tersebut.

Namun pemuda itu tidak menyedari rungutannya mengenai kesukaran untuk mendapatkan topeng mulut didengari wanita tersebut yang juga pembantu kesihatan di klinik berkenaan.

So aku pun beransur dengan anak aku menuju ke kereta. Tiba tiba aku dengar panggilan. Adik… adik… kesian sama awaklah susah mahu dapat face mask.

"Awak ambil ini face mask kakak punya spare, sekarang memang susah cari ini barang adik," kata wanita berkenaan.

Pemuda itu lantas menjawab: "Tak pe ke ni kak, nanti akak tak ada spare, susah nak buat kerja lagipun sekarang kerja akak berbahaya."

"Takpa adik, kakak boleh cari nanti tapi awak mahu keluar buat urusan. Kakak kesian sama awak bahaya keluar takda pakai face mask. Kakak mahu awak selamat saja. Jaga baik baik ye tak mahu sakit-sakit, mahu jaga kesihatan ya adik," pesannya bersungguh-sungguh.

Frontliner kesihatan kini bekerja tanpa henti sejak lebih tiga bulan lalu.

Walaupun tindakan itu kecil di mata sesetengah individu tetapi bagi Mohd Fahmi ia sesuatu yang cukup bermakna buat dirinya.

"Terima kasih banyak kakak. Awak baik serupa mak saya. Awak pun adik serupa saya anak juga. Semua pun anak saya. Kita sama sama jaga. Ini keadaan sekarang tak da baik mahu penting sendiri diri juga.

"Di sebalik keributan media sosial yang penuh posting perkauman, akak India ni membuktikan dengan tindakan kasih sayang dia tu sanggup beri aku face mask yang dia ada sebab kesiankan aku sedangkan dia golongan frontliner yang lebih memerlukan face mask tu.

Ada Melayu buat kerja amal bagi beras, bagi hand sanitizer, bagi face mask, bagi sardin, bagi telur... dia tak uar-uarkan. Tak ada foto, tak ada video live... dan dia bagi setiap rumah tak kira apa bangsa sebab pada dia semua adalah saudara satu tanah air.

MOHD FAHMI HUZAIRI

"Media sosial adalah satu tempat melagakan antara kaum tapi di dunia realiti setiap bangsa sebenarnya saling prihatin tak kira warna kulit. India jaga Melayu, Melayu jaga Cina dan Cina jaga India," katanya.

Justeru Mohd Fahmi menggesa seluruh rakyat Malaysia supaya tidak menghancurkan sifat kasih sayang sesama rakyat Malaysia dengan menyebarkan kebencian di media sosial.

"Ada Cina borong telur sampai beratus papan habis difitnah di media sosial dia tamak, padahal dia beli telur tu untuk masak dan derma kepada golongan yang memerlukan.

Mohd Fahmi menggesa orang ramai supaya tidak menyebarkan kebencian di media sosial.

"Ada Melayu buat kerja amal bagi beras, bagi hand sanitizer, bagi face mask, bagi sardin, bagi telur... dia tak uar uar kan. Tak ada foto, tak ada video live... dan dia bagi setiap rumah tak kira apa bangsa sebab pada dia semua adalah saudara satu tanah air.

"Ramai orang India yang bantu kerajaan cegah orang ramai berkumpul sempena perintah kawalan perjalanan ni. Aku selalu nampak mereka turun menegur anak bangsa mereka yang melepak kat taman dan tepi jalan dan disuruh balik. Mereka prihatin.

"Tujuan aku share kisah ni nak kita semua tahu Malaysia ni sangat indah kalau kita nak lihat keindahan. Bila kita lihat keindahan kita akan bercerita baik-baik di media sosial dan semua orang akan rasa keindahan," katanya.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain