suria

Mula-mula tolak sebab banyak butang, bapa diam-diam main PS4 anak... kantoi ‘bayang bergerak’ - “Dia tak perasan dalam game ada tiga kawan saya”

Nasa terkejut dan berasa lucu apabila melihat bapanya sedang seronok bermain permainan video yang ditinggalkannya seketika.

DALAM tempoh kuarantin ini, pelbagai ragam dan kerenah rakyat Malaysia dapat kita lihat.

Maklumlah, bosan juga duduk di rumah saja memandangkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah dilanjutkan sehingga 14 April.

Gelagat seorang bapa, Mohd Nasir Mohd Ali, 61, tular di media sosial apabila dia secara diam-diam mencuba permainan video Playstation 4 anaknya ketika sedang menjalani tempoh PKP.

ARTIKEL BERKAITAN: Bapa tiba-tiba ajak anak ke majlis nikah naik teksi undang sebak tetamu di masjid - “Abah kata dulu senang nak cari pelanggan”

ARTIKEL BERKAITAN: Terkilan tak dapat sambut harijadi ayah, anak kongsi kisah bapa tunggal tip top walau ada 8 anak... dari masak ke jahit semuanya settle! - “Walid dah hilang bantal peluk tapi...”

Bercerita lanjut ketika dihubungi mStar, Shaiful Nasa Shahirudean memberitahu pada waktu itu dia sedang bermain permainan GTA V, namun terpaksa berhenti seketika kerana mahu pergi ke tandas.

"Selepas pergi tandas, masa saya turun, saya nampak macam bayang-bayang bergerak di TV.

"Rupa-rupanya ayah tengah main game, siap pasang earphone lagi!

"Ni kali pertama dia main sebab sebelum ni dia selalu tengok saya main saja. Mungkin bosan duduk rumah kot," kata pemuda yang lebih mesra dipanggil Nasa ini.

Perkongsian Nasa mengenai bapanya menarik perhatian netizen.

Nasa juga memberitahu, ketika itu dia sedang bermain permainan video bersama tiga lagi rakannya secara dalam talian, tetapi bapanya tidak tahu mengenai perkara itu.

"Kawan saya pelik bila mereka panggil saya, saya tidak menyahut.

"Sehinggalah mereka gelak tak henti, baru ayah saya perasan ada kawan saya yang lain dalam permainan tu.

"Ayah terus naik atas sebab malu bila kawan saya tahu yang main game tu adalah dia," ujar Nasa sambil menambah bahawa rakan-rakannya ketawa panjang disebabkan kejadian itu.

Nasa memberitahu bapanya sering melihatnya bermain FIFA secara online.

Tambah Nasa lagi, selepas selesai bermain permainan video bersama rakan-rakannya, dia mengajak bapanya untuk bermain GTA V sekali lagi.

"Dia suruh carikan kapal cruise yang 'sebiji' macam kapal dia.

"Saya ajar dia sikit-sikit macam mana nak main, dia pun main game tu dengan mengemudi kapal," kata Nasa yang menganggap bapanya ingin melepaskan rindu terhadap perniagaannya yang melibatkan kapal.

Rumah kami di Nilai, bisnes kapal ayah pula di Langkawi. Memang jarang ayah balik ke rumah, biasanya dalam dua bulan sekali saja. Disebabkan PKP, ayah memang duduk rumah.

NASA

Bercerita lebih lanjut mengenai bapanya, Nasa memberitahu dia merupakan bekas pegawai tentera darat dan kini menjalankan perniagaan private cruise di Langkawi, namun perniagaan itu merosot disebabkan penularan wabak Covid-19.

"Rumah kami di Nilai, bisnes kapal ayah pula di Langkawi. Memang jarang ayah balik rumah, biasanya dalam dua bulan sekali saja.

"Disebabkan PKP, ayah memang duduk rumah. Tempahan yang dibuat pelanggan pula terpaksa ditukar kepada tarikh lain," jelas Nasa yang memberitahu majoriti pelanggan bapanya adalah pelancong asing.


Mohd Nasir merupakan bekas anggota tentera darat dan kini melakukan perniagaan private cruise di Langkawi.

Dalam pada itu, Nasa yang merupakan penuntut di INTI International University, Nilai, Negeri Sembilan dalam jurusan perniagaan memberitahu bapanya merupakan peminat Ronaldo dan sering melihat dia bermain permainan bola sepak Fifa.

"Ayah saya suka tengok sekali kalau saya main Fifa, tetapi bila saya ajak bermain, dia kata susah nak belajar kerana terlalu banyak butang," ujar anak bongsu daripada empat beradik itu.

Perkongsian Nasa di laman Twitter sehingga kini telah mendapat 316,400 tontonan, 23,500 ulang kicau dan 26,200 tanda suka. Rata-rata netizen terhibur setelah melihat video tersebut.

"Dah macam DJ radio pula dia cakap 'siapa di sini?" kata seorang pengguna Twitter.

"Mula-mula garang, tapi dah hujung tu Ya Allah comelnya pakcik ni," tulis netizen lain.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
PKP, GTA V, game, cruise, PS4

Artikel Lain