suria

Kerana Covid-19, ramai bukan saja bimbang nak keluar rumah, tapi concern soal hukum solat Jumaat... siap tanya mufti - “Apa jua hukum, bergantung kepada....”

Netizen bertanya hukum menunaikan solat Jumaat di kala penularan Covid-19 kepada Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

PENULARAN wabak koronavirus atau Covid-19 di negara ini boleh dikatakan berada pada tahap yang membimbangkan apabila ia mencatatkan peningkatan saban hari.

Peningkatan paling drastik direkodkan beberapa hari lalu dengan 50 kes positif dilaporkan, menjadikan ianya bilangan kes paling tinggi yang dicatatkan dalam masa sehari.

Sehingga Sabtu, jumlah kumulatif kes positif Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 93 kes.

ARTIKEL BERKAITAN: 10 lagi kes baharu Covid-19 hari ini

ARTIKEL BERKAITAN: Selepas 3 kali kalah, Mufti WP terus buat analisis prestasi Liverpool... ramai ternganga! – “Tak nak invite mufti jadi pengulas sukan ke?”

Dengan peningkatan kes saban hari, ini secara tidak langsung menimbulkan kebimbangan orang ramai yang bukan sahaja khuatir untuk keluar bekerja mahupun beriadah, tetapi untuk melaksanakan ibadah khususnya solat Jumaat.

Isu tersebut diajukan oleh warga maya kepada Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menerusi media sosial Twitter bagi mendapatkan kepastian mengenai hukum menunaikan solat Jumaat ketika penularan wabak Covid-19.

Antara pertanyaan yang diajukan netizen kepada Dr Zulkifli mengenai hukum solat Jumaat ketika penularan Covid-19.

“Saya tertanya-tanya kalau tengah musim wabak ni, solat jumaat masih dikira wajib ke tidak? Mohon penjelasan @drzul_albakri,” tulis Hatim_Hafidz.

“Salam @drzul_albakri saya ada soalan. Harap kalau berkelapangan boleh jawab. Dengan isu terkini mengenai penularan Covid-19, sekiranya keadaan di Malaysia teruk (nauzubillah) seperti Iran, Itali, Korea. Apa hukum solat Jumaat waktu itu ya?,” tanya Solihin Mahadi pula.

“@drzul_albakri salam mufti, kalau satu hari nanti wabak koronavirus tersebar berleluasa di Malaysia (semoga Allah menjauhkan), adakah solat Jumaat masih diteruskan?,” tanya Shafiqqhamdan pula.

Hanya KKM yang boleh menentukan tahap daruratnya. Dari situlah fatwa/pandangan hukum akan dikeluarkan.

DATUK SERI DR ZULKIFLI MOHAMAD AL-BAKRI

MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN

Pertanyaan sedemikian menyusul selepas Zulkifli membuat ciapan (tweet) dalam posting berasingan mengenai kunjungan Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Datuk Dr Noor Hisham Abdullah ke pejabatnya pada Jumaat.

“Terima kasih kepada YBhg. Datuk Dr. @DGHisham, Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) atas kunjungan ke pejabat saya.

⁣⁣“Pejabat Mufti WP komited untuk bersama-sama KKM menangani wabak Covid-19,” tulis Zulkifli dengan pada posting berkenaan.

Sementara itu dalam posting berasingan, Zulkifli dalam penjelasannya terhadap soalan-soalan tersebut berkata, hukum mengenai solat Jumaat dalam situasi itu bergantung kepada keputusan KKM.

“Apa jua hukum, bergantung kepada keputusan KKM.

“Hanya KKM yang boleh menentukan tahap daruratnya. Dari situlah fatwa/pandangan hukum akan dikeluarkan,” tulis Zulkifli.

Dr Zulkifli memuat naik gambar ketika menerima kunjungan daripada Ketua Pengarah KKM, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah di pejabatnya baru-baru ini. 
 

Perkongsian tersebut sehingga kini meraih 1,000 retweet dan 1,700 likes.

Menerusi ruangan komen pula, ada segelintir netizen berkata sesetengah lokasi yang menganjurkan solat Jumaat melakukan saringan suhu kepada jemaah untuk mengelakkan jangkitan.

“Semalam solat di Indonesian Embassy Jalan Tun Razak ada saringan suhu badan, kalau tinggi tak dapat masuk. Ada jugak beberapa bangunan lain yang organize solat Jumaat, pun buat saringan,” tulis seorang netizen.

Ada juga di antara mereka yang saling memberi peringatan agar menjaga kesihatan dan kebersihan diri masing-masing terutama apabila berada di khalayak ramai.

“Lepas solat jumaat semalam saya tak salam orang tapi senyum je. Harap tak ada yang kecil hati,” tulis netizen lain.

“Sebaiknya elakkan (bersalaman),” komen netizen lain pula.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
mufti, Covid-19, solat Jumaat

Artikel Lain