suria

Hanya sesaat, tiba-tiba 'poom'!... Pemuda trauma nyaris terkena bilah kipas - “Saya tak berani dah, buka volume dua je”

Azeem meluahkan rasa syukur kerana terselamat dalam detik cemas itu.

BERPANTANG maut sebelum ajal, itu situasi dilalui seorang pemuda yang nyaris cedera apabila sebuah kipas siling yang berpusing tiba-tiba terjatuh.

Dalam video berdurasi 45 saat yang tular di Twitter, pemuda tersebut terselamat daripada detik mencemaskan itu sebaik sahaja dia menundukkan kepalanya beberapa saat lebih awal.

Pemuda tersebut, Muhammad Nur Azeem berkata insiden pada petang Sabtu lalu berlaku terlalu pantas.

"Masa tu saya baru lepas solat Zohor. Lepas tu saya nak reply WhatsApp tapi saya tergerak hati nak koyak sticker kecil pada lantai yang saya nampak semasa menyapu.

"Jadi saya pun tunduk. Dalam satu saat lepas tu tiba-tiba 'poom' ada benda jatuh. Terkejut saya masa tu," katanya kepada mStar.


Video insiden itu menjadi tular di Twitter.

Namun pekerja di sebuah kedai aksesori kereta di Ampang itu bersyukur kerana tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Saya memang bersyukur sangat-sangat. Alhamdulillah Allah tolong saya... Alhamdulillah.

"Tapi bilah kipas tu kena belakang saya. Semua OK tak ada apa-apa cuma baju saya je yang kotor sedikit," katanya.

Jelasnya lagi, kipas itu dalam keadaan elok sebelum terjatuh secara tiba-tiba.

Saya pun tunduk. Dalam satu saat lepas tu tiba-tiba 'poom' ada benda jatuh. Terkejut saya masa tu.

MUHAMMAD NUR AZEEM.

"Benda tu berlaku secara spontan. Kipas tu baru je setahun guna. Tak ada bunyi ke apa, saya tengok normal je.

"Saya rasa mungkin dulu kipas tu dipasang cara salah sebab masa kipas tu jatuh memang pelik. Roda di atas tapi (bilah) kipas dah jatuh," katanya.

Sejak insiden itu, Muhammad Nur Azeem atau lebih mesra disapa Azeem berkata dia masih lagi trauma dan tidak berani menggunakan kipas siling dengan kelajuan maksimum.

Azeem masih trauma kerana insiden rakannya terkena bilah kipas pernah dilihat didepan matanya.

"Masa kipas tu jatuh kelajuan volume 5 sebab panas. Memang hari-hari guna kelajuan tu sebab sekarang musim panas. Tapi sekarang walaupun dah tukar baru saya tak berani dah. Saya buka volume 2 je.

"Saya pernah tengok insiden bilah kipas terkena kepala kawan saya waktu sekolah rendah. Memang banyak darah mengalir. Saya tak dapat bayangkan kalau jadi pada saya. Memang bahaya betul, nasib baiklah selamat," katanya.

Video detik cemas itu dikongsi adik kepada sahabat baik Azeem di Twitternya dengan kapsyen 'Kun fayakun, Allhuakbar! Nasib baik kawan abang aku tunduk ambil sticker. Ya Allah' mendapat 28,100 ulang kicau dan lebih 24,000 tanda suka.

Ia turut ditonton lebih 350,000 kali.

Rata-rata netizen meluahkan rasa trauma dengan kipas siling selepas melihat rakaman video itu.

Reaksi netizen pada posting yang tular itu.

"Benda ni lah paling takut sekali ya Allah. Kadang-kadang rasa tak nak ada kipas siling. Syukur Allah masih melindungi," kata Jejaricantikmenaip.

"Aku selalu terbayang kalau kipas ni jatuh time aku tidur. Ya Allah scary nya," kata Dna.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain