Panas! Ustaz jemputan program TV nasihat penghidap HIV jangan teruskan perkahwinan... mujur ada Dr Amalina - Viral | mStar

Panas! Ustaz jemputan program TV nasihat penghidap HIV jangan teruskan perkahwinan... mujur ada Dr Amalina

Dr Amalina menggesa agar stesen TV terbabit lebih peka dalam membincangkan isu itu dalam program mereka.

KENYATAAN seorang ahli panel jemputan sebuah program TV yang membincangkan isu seks songsang dan HIV mengundang kecaman netizen di Twitter.

Dalam video pendek yang tular di Twitter, panel jemputan itu berpendapat individu yang terkena HIV tidak digalakkan untuk meneruskan hasrat untuk berkahwin.

"Kalau kena HIV jangan teruskan perkahwinan. Apa? Ustaz ni biar betul?" demikian soal seorang pelayar Twitter.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya nak jadikan dia isteri tapi saya seorang PLHIV” - Hidap HIV selepas terlanjur dengan rakan sekampus, jurutera teruja bakal timang anak

ARTIKEL BERKAITAN:Ibu bapa malu, remaja 15 tahun hidap HIV tak dapat diselamatkan - “Anaknya lembut sikit, mak ayah kurung dia dalam bilik”

"Kenapa buat statement yang mendiskriminasikan ni. Ada je yang Undetectable Viral Load (UVL) dah berkahwin dan dapat anak. Program ini jadi tontonan orang ramai dan secara langsung makin ramai yang ada stigma terhadap penghidap HIV. Mohon buat research dulu dengan mendalam," kata Senja Berlabuh.

"Hari tu pergi kursus kahwin, ustaz tu kata boleh je teruskan perkahwinan tapi dengan syarat. Guna protection semasa bersama tapi tidak digalakkan," kata Syurr.

Dr Amalina memberi penjelasan berhubung perkara itu di Twitternya.

Perkara itu turut mendapat perhatian pakar bedah kelahiran Malaysia yang kini berkhidmat di United Kingdom (UK), Dr Amalina Che Bakri.

Dr Amalina dalam satu bebenang di Twitter tidak bersetuju dengan pendapat itu dan menegaskan HIV boleh dirawat dengan terapi antiretroviral.

"Kajian menunjukkan mereka yang menghidap HIV dengan status UVL tidak memindahkan virus tersebut secara seksual.

Hari tu pergi kursus kahwin, ustaz kata boleh je teruskan perkahwinan tapi dengan syarat. Guna protection semasa bersama tapi tidak digalakkan.

SYURR

"Orang ramai perlu sedar mengenai perkara ini. Tidak dapat dikesan adalah sama dengan tidak dapat dipindahkan (kepada orang lain)," katanya.

Dalam posting itu, Dr Amalina turut memuat naik satu infografik berkaitan penyakit tersebut.

Infografik itu menyebut penghidap HIV perlu mengambil ubat untuk merawat HIV secepat mungkin.

Antara soalan dikemukakan penonton secara program itu berlangsung.

"Ubat HIV dapat mengurangkan jumlah HIV dalam darah (juga dikenali sebagai viral load). Ubat HIV boleh menjadikan viral load begitu rendah sehingga ujian tidak dapat mengesannya. Ini dipanggil UVL.

"Mempunyai UVL adalah perkara terbaik yang boleh dilakukan Orang Yang Hidup Dengan HIV (PLHIV) untuk kekal sihat. Jika viral load masih tidak dapat dikesan, tidak ada risiko untuk memindahkan HIV ke pasangan HIV-negatif melalui seks."

Dr Amalina turut menggesa stesen TV terbabit supaya lebih peka dalam membincangkan isu itu dalam program mereka.

"Terima kasih doktor di atas penjelasan mengenai perkara ini," kata Acxp.

UVL , HIV , Dr Amalina , program TV

Klik

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Artikel Lain