suria

Ibu tak bagi bela, anak terpaksa ‘culik’ kucing sekolah... tapi kasihan misi gagal - “Saya tertanya-tanya, dari mana bunyi tu”

Ramai yang mengakui terhibur melihat video melibatkan murid Tahun 1 itu.

BULAN Januari hampir melabuhkan tirainya, bermakna sudah hampir sebulan adik-adik Tahun 1 memulakan sesi persekolahan mereka.

Namun, ada sahaja ragam golongan cilik itu yang dikongsi di media sosial sehingga menjadi hiburan golongan dewasa.

Terbaharu, tular video comel seorang murid perempuan berusia tujuh tahun yang membawa pulang seekor anak kucing dari sekolahnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Baru 2 hari masuk sekolah, ibu hairan tengok duit belanja anak ‘beranak’... rupa-rupanya hasil jual belalang

ARTIKEL BERKAITAN: Disoal ibu duit buku ‘lesap’, murid salahkan ‘chicken chop sedap sangat’

Menurut Nur Hafizah Long, 39, kejadian lucu melibatkan anak keduanya itu, Nur Intan Zahra Othman berlaku sekitar dua minggu lalu.

"Masa tu saya pergi jemput dia di sekolah. Dalam perjalanan pulang, saya dengar bunyi kucing dalam kereta.

"Saya tertanya-tanya, dari mana bunyi tu. Dia diam sahaja di belakang. Bila tanya, baru dia mengaku.

Posting tular mengenai murid itu yang tular di Twitter.

"Rupa-rupanya dia bawa anak kucing masuk dalam beg sekolah. Tapi lepas tu kami hantar semula kucing tu ke sekolah," ujarnya kepada mStar.

Mesra disapa Fiza, ibu kepada tiga cahaya mata itu mengakui anaknya seorang pencinta haiwan.

Namun, kehadiran bayi menyebabkan dia tidak membenarkan anaknya membela kucing di kediaman mereka yang terletak di Kepala Batas, Alor Star, Kedah.

Dia memang minat haiwan, tapi minat tu lebih kepada kucing.

NUR HAFIZAH LONG

EMAK

"Saya tanya kenapa bawa balik, dia kata kucing tu menangis. Saya memang terkejut masa tu, terhibur juga.

"Saya tak bagi bela sebab ada baby kat rumah. Dulu pernah bela, tapi kucing tu dah hilang.

"Dia memang minat haiwan, tapi minat tu lebih kepada kucing," ujar wanita itu lagi.

Antara komen netizen di Twitter.

Sehingga kini, video melibatkan murid itu menerima lebih 200,000 tontonan selepas ia dimuatnaik di Twitter.

Malah, ramai netizen turut meluahkan rasa terhibur mereka, tidak kurang yang berkongsi pengalaman serupa.

Hafizah bersama anak perempuannya.

"Adik aku pun pernah letak anak kucing dalam beg sekolah dia senyap-senyap. Lepas tu anak kucing tu mati dalam beg dia. Bila kami tanya dia jawab tu bau busuk karipap basi.

"Weh sumpah aku pernah buat masa sekolah agama dulu.

"Kids guys, aku pun pernah sumbat anak ayam dalam beg aku," tulis beberapa individu.

 

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
kucing, sekolah, culik, haiwan

Artikel Lain