Kongsi video gelagat pelik kucing menyerupai anjing, ada ‘benda’ lain lebih jadi perhatian - “Mungkin sebab sejadah masih terbentang” - Viral | mStar

Kongsi video gelagat pelik kucing menyerupai anjing, ada ‘benda’ lain lebih jadi perhatian - “Mungkin sebab sejadah masih terbentang”

Kucing bernama Bob peliharaan keluarga Arash Muaz sangat aktif malah diajar untuk membuat aksi 'high-five'. Foto: Arash Muaz

“SELAIN kucing, sangat-sangat seronok tengok keluarga ni, sama-sama beribadah berjemaah.”

Demikian antara komen yang dilontarkan netizen terhadap perkongsian seorang remaja yang memuatnaik video gelagat kucingnya yang aktif.

Posting tersebut yang pada asalnya dibuat sekadar suka-suka untuk berkongsi gelagat kucing peliharaan yang dianggap luar biasa, tanpa disangka mengundang komen netizen yang tertarik melihat aktiviti solat berjemaah keluarga berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Si bulus merajuk gara-gara tuan terpicit ‘berlian’ masa mandi, terus tak nak keluar bilik air – “Mia datang dekat pun tak layan”

ARTIKEL BERKAITAN: Tragedi Jumaat! Lelaki saksi anak kucing bertarung nyawa dibaling dari atas pangsapuri - “Mereka diam sahaja, seperti takut”

Menurut remaja yang memuatnaik video tersebut di Twitter, Arash Muaz, dia berkongsi video gelagat kucing peliharaan yang berkelakuan seperti seekor anjing kerana merasakan ia sesuatu yang pelik dan lucu.

“Ketika itu kami sekeluarga baru selesai solat Maghrib berjemaah. Sambil-sambil tengah berehat, saja baling permainan untuk ajak kucing kami yang bernama Bob ni main. Tak sangka Bob pergi kutip dan bawa semula permainannya kepada saya, seperti kita biasa lihat anjing buat.

Posting yang dimuatnaik oleh Arash Muaz mengenai gelagat pelik kucingnya.

“Kami pelik sebab tak pernah latih pun permainan seperti itu. Malah Bob sendiri tak pernah berkelakuan seperti itu. Itu yang kakak saya rakam. Tapi tak sangka pula ada perkara lain yang netizen perhati.

“Memang menjadi rutin kami sekeluarga solat Maghrib berjemaah. Langsung tiada niat lain, tapi mungkin netizen perasan sebab kain sejadah masih terbentang ketika itu,” ujarnya kepada mStar.

Video berdurasi 25 saat yang dimuatnaik di Twitter itu sehingga kini meraih 45,000 retweet dan mendapat 65,500 like.


Antara komen netizen yang bukan sahaja tertarik dengan gelagat kucing bernama Bob, tetapi turut tertarik dengan aktiviti solat berjemaah keluarga ini.

Ia turut dibanjiri dengan komen netizen yang terhibur dengan gelagat kucing peliharaan keluarga remaja tersebut.

“Tapi memang tak sangka langsung boleh viral, sebab ada juga yang cakap, kucing mereka pun mempunyai gelagat yang sama. Cuma kami pelik sebab Bob tak pernah macam itu sebelum ini.

“Mungkin juga sebab ada suara ibu dalam video itu. Ibu memang macam tu, dia sangat sayang kucing-kucingnya macam anak sendiri. Selalu ingatkan kami adik beradik supaya jangan lupa beri kucing-kucing makan,” ujar remaja yang berasal dari Cheras, Selangor ini.

Ada banyak juga yang tanya bagaimana kami latih kucing. Sejujurnya, kami langsung tidak pernah melatih Bob buat macam itu. Tapi Bob sangat aktif dan paling manja berbanding tiga kucing lain di rumah ini.

ARASH MUAZ

PEMILIK KUCING

Bercerita lebih lanjut, Arash mendedahkan sejak video tersebut tular, dia menerima banyak mesej menerusi Direct Message (DM) dan komen bertanyakan bagaimana dia dan keluarganya melatih kucing peliharaan mereka.

“Ada banyak juga yang tanya bagaimana kami latih kucing. Sejujurnya, kami langsung tidak pernah melatih Bob buat macam itu. Tapi Bob sangat aktif dan paling manja berbanding tiga kucing lain di rumah ini.

Tiga daripada empat kucing peliharaan keluarga Arash Muaz iaitu Bob (kiri), Peppa dan Coco.

“Cuma ibu saya pernah melatih kucing-kucingnya buat ‘hand-shake’ dan juga ‘high five’. Masa mula-mula tu, saya jawab juga komen dan mesej mereka. Tapi bila makin ramai yang bertanya, ada yang tak sempat dijawab,” katanya sambal menambah, Bob adalah baka campuran antara kucing biasa dengan Bengal.

Katanya lagi, keluarganya memang gemar memelihara kucing untuk dijadikan penghibur di rumah.

“Setakat ini ada empat ekor sahaja termasuk Bob. Memang keluarga suka pelihara kucing… kalau mereka tak ada memang bosan. Dengan gelagat comel, manja dan aktif mereka, memang terhibur dan hilang rasa bosan,” ujarnya mengakhiri bicara. 

kucing , anjing , solat , jemaah , Maghrib

Klik

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

Artikel Lain