suria

Teman lelaki pinjam kereta konon outstation terkantoi kerana kapsyen ‘I Love You’ - “Kalau saya komen di Instagram, dia padam”

ORANG tua-tua selalu berpesan, kalau bercinta jangan keterlaluan, kelak jiwa merana.

Jadi bercinta biarlah berpada-pada kerana hubungan itu tidak semestinya akan berakhir ke jenjang pelamin, lebih-lebih lagi ketika usia masih muda.

Pengalaman putus cinta memang menyakitkan tetapi bagi gadis ini, ia asam garam sebuah kehidupan.

ARTIKEL BERKAITAN: Selepas putus cinta, gambar kucing sedut cecair peluntur pun buat gadis ini dihujani mesej ibu tersayang... "Mama sayangkan Ika"

ARTIKEL BERKAITAN: "Dia dengan lelaki lain do..." - Pemuda 'frust' ditinggal awek, BFF bukan saja pujuk tapi menyakat sekali!

Biarpun baharu mencecah 21 tahun, gadis yang hanya mahu dikenali sebagai Arisa mengaku sudah merasai apa erti dikecewakan dengan insan tersayang.

Menurut penuntut Institusi Pengajian Tinggi (IPT) ini, dia mengenali bekas teman lelakinya, Haikal (bukan nama sebenar) lebih kurang tiga tahun.

Hubungan persahabatan akhirnya membawa ke bibit percintaan.

Status yang dimuat naik oleh seorang gadis menjadi tulat di Twitter.

"Kami mula bergelar pasangan kekasih pada Jun lalu walaupun pada awalnya saya dan dia hanya kawan biasa.

"Dia seorang lelaki yang baik, tetapi selepas mula bekerja perangainya berubah sedikit demi sedikit, ketika itu saya di tahun akhir pengajian.

"Sepanjang perhubungan, saya meletakkan kepercayaan 100 peratus kepadanya. Yalah, sayang sangat kat dia.

"Saya seperti mengikut dan percaya apa yang dia cakap. Memang saya akuinya, dia seorang sweet talker.

"Sejak dia mula bekerja, kami jumpa pada hujung minggu sahaja, kerana dia dah pesan kerjanya agak sibuk dan tidak ada masa untuk pegang telefon," kongsinya bersama mStar.

Kalau saya tinggalkan komen di Instagram, pasti akan dipadam dengan alasan takut ibu tengok.

ARISA


Jelas Arisa, dia mula mengesyaki ada perubahan pada teman lelakinya itu sejak akhir-akhir ini.

"Kalau saya tinggalkan komen di Instagramnya, pasti akan dipadam. Mulanya saya ingat ada masalah teknikal, tetapi selepas beberapa kali terjadi akhirnya saya tanya padanya. Dia dengan yakin menjawab, risau ibunya akan tengok komen-komen saya itu. Padahal saya tak komen yang bukan-bukan.

"Jadi selepas itu saya tak komen. Saya masih lagi percaya padanya.

"Sehinggalah minggu lalu apabila dia kantoi besar dengan saya dan akhirnya kami membawa haluan masing-masing," jelasnya.

Menurut Arisa, minggu lalu teman lelakinya meminjam keretanya untuk bekerja di luar kawasan selama seminggu.

"Pada mula berat hati saya nak bagi kerana itu kereta pemberian mak. Tetapi selepas dia berjanji untuk jaga elok-elok, akhirnya saya setuju.

"Sepanjang seminggu di luar kawanan hanya sekali sahaja dia hubungi saya. Jadi saya fikir mungkin dia sibuk walaupun saya tahu lokasi sebenarnya kerana kami ada menggunakan penjejak lokasi di telefon masing-masing.

Sebahagian komen-komen netizen mengenai status 'jantan dari neraka'.

"Dia tipu saya pergi kerja luar kawasan. Sebenarnya dia keluar dengan perempuan lain.

"Sehari selepas dia balik dan pulangkan kereta, saya ada buka Instagram bersama kawan. Dan agak terkejut tiba-tiba ada akaun seorang perempuan ini memuat naik gambar teman lelaki saya itu dengan kapsyen 'I love You'.

"Saya ada tanya kat dia, tetapi Hairul tetap menafikan dan katanya itu hanya kawan dan dia cuba tolong sahaja.

"Saya memang marah. Malas nak gaduh, akhirnya kami berpisah," kata Arisa.

Tambah gadis ini, hatinya memang hancur selepas kepercayaannya dikhianati.

"Kalau cakap tak sedih tu, tipulah. Memang saya kecewa sangat kerana sampai hati dia menipu dan permainkan saya.

"Sekarang ni masih dalam proses move on. Memang sedih dan sakit hati, namun saya bersyukur kerana tembelangnya sudah pecah.

"Kami masih dalam fasa awal percintaan. Kalaulah perangainya ini berlaku ketika kami sudah berkahwin kelak, tak tahulah macam mana saya nak hadapi.

"Jadi sekarang ini, saya hanya fokuskan pengajian dan ingin berjaya dengan cemerlang.

"Saya yakin perjalanan masih jauh banyak lagi dugaan yang perlu ditempuhi.

"Pengalaman ini memang sangat berguna supaya saya lebih berhati-hati dalam melahirkan rasa sayang kepada teman lelaki," jelas Arisa.

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
Teman Lelaki, Tipu, Curang, Skandal

Artikel Lain