Tabik! Rela redah banjir, kenapa 2 jejaka ini digelar superhero? - “Pertolongan kecil bantu beratus lain” - Viral | mStar

Tabik! Rela redah banjir, kenapa 2 jejaka ini digelar superhero? - “Pertolongan kecil bantu beratus lain”

Tindakan Rick (kanan) dan adik iparnya, Tanzil (kiri) menerima pujian pelayar Twitter. (Kredit: @datininaz)

INILAH superhero sebenar, demikian kata seorang netizen di Twitter berhubung penularan video dan foto melibatkan dua jejaka ini.

Menerusi posting yang dimuat naik, Azharique Shah, 21, bersama adik iparnya, Tanzil Rahman, 19, dirakam sedang membuka penutup longkang bagi melancarkan perjalanan air di lokasi yang mengalami banjir kilat.

Dia yang mesra disapa Rick sewaktu dihubungi mStar mengakui terpanggil untuk membantu sewaktu melalui kawasan Genting Kelang, Kuala Lumpur dalam perjalanan ke Masjid India pada Sabtu.

ARTIKEL BERKAITAN: Tinggalkan Majlis Perkahwinan Demi Bantu Mangsa Banjir

ARTIKEL BERKAITAN: Mangsa Banjir Perlu Bantuan Persekolahan Anak

"Itu dalam pukul 4 petang, kami nak ke Masjid India sebab ada urusan. Tengok kawasan situ dah banjir, ada kereta tersangkut.

"Saya redah air, kereta pun dah berasap. Jadi kami ke kawasan yang tinggi sikit dan parking. Lepas tu isteri ajak tinjau kawasan banjir tu.

Antara foto yang dikongsi di Twitter.

"Hujan masa tu dah stop tapi banjir makin teruk. Saya dan adik ipar buka lapan penutup longkang untuk bagi air mengalir. Lepas tu nampak OK dah.

"Dalam 20 minit juga. Tapi kami tunggu air surut, kemudian tutup balik penutup longkang tu, risau ada motor lalu jadi apa-apa nanti," ujarnya.

Apa boleh bantu, kita cuba bantu. Kena lebih peka dengan alam sekitar. Satu pertolongan kecil, mungkin boleh bantu beratus yang lain.

AZHARIQUE SHAH

Ujar Rick, ia pengalaman pertamanya meredah banjir dengan kereta dan mengakui agak risau pada mulanya.

Namun, atas inisiatif sendiri dia tetap mahu membantu kerana tidak mahu lebih ramai pengguna jalan raya lain terperangkap akibat kejadian berkenaan.

"Apa boleh bantu, kita cuba bantu. Kena lebih peka dengan alam sekitar. Satu pertolongan kecil, mungkin boleh bantu beratus yang lain.

"Saya tak mahu orang lain lalui benda sama," ujarnya lagi.

Paparan skrin posting tular berkenaan.

Dalam pada itu, posting mengenai sikap prihatin dua jejaka itu menerima lebih 20,000 ulang kicau (Retweet) di Twitter.

Malah, ia turut dihujani pelbagai komen yang memuji sikap mereka berdua.

"They did great! Moga Allah berkati dan mudahkan urusan mereka.

"Ya Allah, besar sungguh pahala masing-masing. Keep up the good work! Hari ni awak mudahkan urusan orang, esok-esok Allah bantu urusan awak pula.

"Moga-moga lebih ramai insan buat kerja mulia ni. Tahniah diucapkan," tulis beberapa netizen.

Klik

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

Artikel Lain