Lelaki tidur tepi jalan di Itali sekat individu tanya soalan ‘betul ke ada lagi empat orang anak, tinggal bagi orang jaga?’ - Viral | mStar

Lelaki tidur tepi jalan di Itali sekat individu tanya soalan ‘betul ke ada lagi empat orang anak, tinggal bagi orang jaga?’

Tweet mengenai Zakuan yang meninggalkan anaknya selama dua bulan ketika melancong ke luar negara menjadi tular di media sosial.

SELEPAS kisah seorang lelaki menceritakan pengalamannya tidur di tepi jalan ketika bercuti ke Itali bersama isteri dan bayi mereka dikecam netizen, timbul pelbagai pendedahan terbaharu mengenai dirinya.

Beberapa individu tampil membuka cerita mengenai lelaki tersebut, Zakuan Faiz yang didakwa merupakan seorang pelajar di sebuah universiti di Jordan.

Menerusi pendedahan di Twitter, seorang gadis yang turut belajar di universiti sama dengan pemuda itu mendakwa Zakuan meninggalkan empat lagi anaknya ketika dia melancong bersama isteri dan bayinya.

ARTIKEL BERKAITAN: Suami bawa isteri, bayi ke Itali, tidur tepi jalan sebab nak jimat... check-in hotel sekali je untuk mandi, restock gula - “Isteri saya pilih hati kering”

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Tak dilihat sebagai pelancong’, kisah 6 gadis bingung dihalang ke Perth dijawab Pesuruhjaya Tinggi Australia, “Malangnya Malaysia #1 dalam kategori ini”

"Tinggal anak empat orang dekat Jordan suruh orang jaga. Tahap si penjaga annoyed gila **** kena bangun pukul 3 pagi buat susu untuk anak-anak dia.

"Bapanya pula travel lepas tu buat benda b**** Kalau kau kena tangkap ke apa dekat negara orang, siapa nak bertanggungjawab jaga anak kau ni," soalnya.

Zakuan menceritakan kisah mereka tiga beranak tidur di tepi jalan ketika bercuti di Itali di Facebooknya.

Jelasnya lagi, empat anak lelaki tersebut yang ditinggalkan bersama orang lain masih kecil.

"Masih kecil, under seven years old. Bini dia jenis beranak setahun seorang," katanya sambil mendakwa semua anak lelaki itu tidak mendapat suntikan vaksin.

Malahan Zakuan menurut sumber, Zakuan juga didakwa membuka sebuah kedai makan di Irbid, Jordan menggunakan nama 'pakcik ohsem'.

"Budak Jordan batch bawah tapi umur dah tua, dia buka bisnes kedai makan dekat Irbid.

"Dia memang tak makan tegur sebab umur dah tua, lepas tu dulu dia kata belajar di Afrika agaknya, so dia rasa ilmu dia hebat," dakwanya.

Dalam pada itu, beberapa posting Zakuan pada 2017 menunjukkan dia meminta tajaan untuk menampung pengajiannya di Jordan.

Zakuan turut menggunakan nama Ibnu Batoota.

Katanya, dia menampung kos kehidupan pada waktu itu dengan pendapatan jualan madu dan Stevia sebanyak RM3,500 sebulan.

"Assalamualaikum, korang ada kenal tak sesiapa yang berhajat untuk sponsor pelajar aliran agama?

"Tolong rekemen saya boleh? Saya perlukan sponsor untuk pengajian saya..." tulisnya.

Kisah pengembaraan Zakuan turut dikritik ramai di laman sosial setelah dia memadam posting asal pada Khamis.

Saya just screenshot tweet tanya dia, Zakuan Faiz, betul ke ada lagi 4 org anak? Lepas tu tinggalkan bagi orang jaga? Kemudian tak sampai 10 minit kena block.

SARA.

"Dalam Islam ada adab bermusafir. Doing this, you not only embarrass yourselves, you also tarnish the good names of things you represent- your religion, your culture, your country.

"Traveling is a want, not a need. If you can't afford it, save up and do it once you have enough," kata seorang pelayar Twitter.

Dalam pada itu, seorang bekas penuntut di Jordan yang enggan namanya didedahkan berkata dia sudah menghubungi pihak Kedutaan Malaysia di Amman bagi menyiasat perkara itu.

Zakuan semasa percutian dengan isteri dan anaknya di Belanda.

"Saya sudah hubungi Kedutaan di Amman (Jordan) dan melaporkan mengenai lelaki ini dan minta mereka siasat perkara itu.

"Saya marah apabila persepsi tentang Islam sudah cukup buruk di sana dan lelaki ini dan isterinya menganggap kehidupan sebagai pengemis jalanan di Eropah sebagai perkara terbaik," katanya.

Beberapa individu turut bertanya sama ada dia mempunyai empat orang anak lain di ruangan komen Facebooknya tetapi malangnya terus disekat Zakuan.

"Saya just screenshot tweet tanya dia, Zakuan Faiz, betul ke ada lagi 4 orang anak? Lepas tu tinggalkan bagi orang jaga? Kemudian tak sampai 10 minit kena block.

"Mungkin dia tak nak lagi orang tahu perangai buruk dia tu," kata Sara.

Komen individu yang mendakwa disekat Zakuan di Facebooknya apabila ditanya mengenai empat lagi anaknya.

Terdahulu mStar melaporkan kisah pengalaman Zakuan tidur di tepi jalan bersama isteri dan anaknya ketika bercuti di Itali kerana mahu berjimat.

Namun posting asalnya itu sudah dipadamkan dan menerusi posting terbaharunya, Zakuan mendakwa dia terlupa untuk memaklumkan bahawa dia turut menginap di Airbnb selama empat hari kerana lebih murah berbanding hotel.

Zakuan Faiz , melancong , tidur , tepi jalan , Itali

Artikel Lain