suria

Cop parking! Lelaki ini anggap anak-anaknya ada rezeki berdepan golongan ‘cacat mental’, “Laju-laju dia keluar berdiri kat kotak”

Dua wanita ini berdiri dalam kota parking menerusi satu insiden yang ditularkan menerusi Facebook.

BERCERITA mengenai kesukaran mencari tempat letak kereta, ia merupakan isu biasa khususnya di kawasan seperti pusat beli belah yang sentiasa menjadi tumpuan ramai.

Kes berebut tempat letak kereta juga sering berlaku, malah ada juga situasi sehingga mencetuskan pergaduhan.

Terbaharu, seorang pemuda turut berdepan situasi sama yang mana ia dikongsi menerusi laman Facebook miliknya sehingga menjadi tular.

ARTIKEL BERKAITAN: Amaran denda RM2,000, enam bulan penjara untuk pesalah ‘cop’ parkir

ARTIKEL BERKAITAN: “Biasa kereta di pejabat, takdir Allah saya ‘parking’ di rumah” – Mufti Perlis

"Biasa tengok jadi kat orang lain. Hari ni ada rezeki anak-anak belajar cara deal dengan golongan cacat mental ni.

"Kena ajar anak-anak kita stand firm on your ground and fight for your right.

"Dia dah terlepas parking, laju-laju dia keluar 'cop' parking berdiri kat kotak.

"Tak ada masalah kita tunggu sampai security sampai OK," tulis pemuda itu.

Jangan give up. Dengan makhluk mental macam ni. Stay je situ sampai dia sedar dia b*doh.

NETIZEN

Dia turut memuat naik tiga keping gambar dan satu rakaman video kejadian tersebut.

Sehingga kini, posting yang dimuat naik pada Ahad lalu itu menerima lebih 1,500 perkongsian.

Menerusi respon balas di ruangan komen, pemuda itu memaklumkan wanita yang berdiri dalam kotak parking berkenaan akhirnya berlalu pergi setelah diberi amaran oleh pengawal keselamatan yang mahu menghubungi polis.

Dalam pada itu, rata-rata netizen turut meninggalkan komen mereka berhubung kejadian yang dihadapi pemuda itu dan keluarganya.

Posting pemuda berkenaan di Facebook.

"Jangan mengalah dengan orang jenis cop parking," tulis Koiee Saidin.

"Jangan give up. Dengan makhluk mental macam ni. Stay je situ sampai dia sedar dia b*doh," tulis Aidil Nizam pula.

Menerusi laporan mStar pada 21 September 2018, mana-mana individu yang bertindak sedemikian boleh didenda sehingga RM2,000 atau enam bulan penjara.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) memuat naik kenyataan di Facebook bahawa meletakkan seseorang di ruang parkir dengan tujuan menghalang kenderaaan lain yang diletakkan di ruang tersebut adalah melanggar undang-undang.

"Jika mana-mana orang melainkan dengan kuasa yang sah mengarahkan mana-mana pemandu meletakkan kereta di atas jalan atau di tempat itu, dia melakukan suatu kesalahan di bawah Seksyen 50(3) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

"Di bawah Seksyen 119, penalti untuk kesalahan ini adalah denda sehingga RM2,000 atau penjara sehingga 6 bulan.

"Jumlah penalti serta tempoh hukuman penjara akan menjadi lebih bagi kesalahan berikutnya," menurut posting tersebut.

Ada cerita menarik mahu dikongsi? E-mel kepada kami di mstar@thestar.com.my

Artikel Lain