Pemandu wanita jerit 'natey mu nok gapo' rupa-rupanya nyaris langgar seorang ibu, “Kalaulah lambat beberapa saat” - Viral | mStar

Pemandu wanita jerit 'natey mu nok gapo' rupa-rupanya nyaris langgar seorang ibu, “Kalaulah lambat beberapa saat”

Keadaan huru-hara berlaku di Uptown Kota Bharu Khamis lalu.

TINDAKAN pantas seorang anak menarik tangan ibunya telah menyelamatkan wanita berkenaan daripada dilanggar sebuah kereta yang ‘sesat’, Khamis lalu.

Sehari selepas kejadian itu, tular sebuah video yang menunjukkan orang ramai memijak dan memecahkan cermin sebuah kereta di Uptown Kota Bharu, Kelantan.

Seorang wanita, dipercayai pemilk kenderaan berwarna putih itu turut dilhat bertegang urat dengan orang ramai. 

ARTIKEL BERKAITAN: “Kaulah bodoh, kaulah gila” punca wanita makan penumbuk? Isteri kongsi versi penuh kisah suami tumbuk pemandu tak bagi 'signal'

ARTIKEL BERKAITANKecoh video tular lelaki tumbuk, tampar wanita di tengah jalan

Insiden kekecohan tersebut berlaku di depan mata seorang gadis yang hanya mahu dikenali sebagai Anis ketika dia berada di situ bersama ibunya, Zanira, 44 tahun.

Jelas Anis, sebelum kereta itu dikepung oleh orang ramai, ibunya terlebih dahulu nyaris dilanggar oleh kereta yang sama.

Wanita yang dipercayai pemandu berdepan dengan orang ramai selepas keretanya dikepung.

“Masa tu saya dengan umi tengah asyik tengok kedai jualan dan bila sampai di simpang nak belok ke Dataran Rehal dari Bazar Buluh Kubu tu, ada kereta ni laju dan nyaris langgar umi saya.

“Memang terkejut, nasib baik saya ada dekat dengan umi ketika itu jadi dapat terus tarik umi. Kalaulah lambat beberapa saat pastinya umi dah terbaring di jalan,” jelasnya yang mengaku bengang dengan pemandu wanita itu.

Anis memberitahu, selepas memastikan ibunya dalam keadaan baik, dia yang dalam keadaan marah mahu menjerit ke arah pemandu wanita itu.

Sepatutnya wanita itu meminta maaf, bukannya 'curah minyak' lagi memandangkan ramai yang geram dengannya.

ANIS

Bagaimanapun, belum sempat dia berbuat demikian, Anis dapat melihat berpusu-pusu orang ramai mengejar kereta berkenaan.

“Sebaik menyedari ada orang sepak keretanya, pemandu itu terus berhentikan kenderaannya.

“Pemandu wanita itu turun dan jerit kepada orang ramai yang ikut dia tu "natey mu nok gapo" (binatang kamu mahu apa), lebih kurang macam tu la bunyinya.

“Jadi apabila tengok dia dan orang lain mula marah, saya tak jadi nak jerit,” kongsinya kepada mStar.

Menurut Anis, orang ramai memberitahu bahawa pemandu wanita itu memandu dengan laju dan melanggar seorang kanak-kanak.

“Tapi dia tidak mengaku berbuat demikian sambil mulutnya terus memaki-maki.

“Dan masa tulah saya tengok orang ramai ambil kon jalan dan batang besi hentam keretanya dan dia tetap bising dan bertekak sehingga polis sampai,” kata Anis.

Tambah Anis, orang ramai marah kepada wanita itu kerana sikapnya yang biadab dan tidak mengaku melakukan kesalahan.


“Memang jalan sempit tetapi cara dia pertahankan diri dengan sikap salahnya itu membuatkan orang ramai bertambah geram," katanya.

Kata Anis lagi, sehingga polis datang dan memandu keretanya ke balai, pemandu wanita itu tetap mempertahankan dirinya .

“‘Drama’ malam tu memang mengejutkan saya. Cuma bernasib baik umi saya selamat. Itu yang penting.

"Sepatutnya wanita itu meminta maaf, bukannya 'curah minyak' lagi memandangkan ramai yang geram dengannya,” katanya.

Dalam rakaman tersebut, dua wanita (pemandu dan penumpang) dilihat ‘berperang’ dengan orang ramai bagi mempertahankan diri mereka.

Terdapat juga adegan tolak menolak, namun mereka tidak dikasari. Selain itu, juga kelihatan kereta wanita itu rosak di bahagian belakang termasuk cermin pecah.

Laju , pandu , wanita , uptown KB , gaduh