Hati terpaut saat dipujuk ketika menangis, jejaka Guinea pilihan anak Kedah ini bukan biasa-biasa!

Fila dan Adama selamat disatukan pada Jumaat lalu. Foto Aus Affan.

BERKENALAN selama empat bulan selepas pertemuan secara tidak sengaja di sebuah pusat membeli-belah di ibu negara, sebelum keduanya sepakat meneruskan ikatan ke jenjang pelamin.

Itulah uniknya kisah cinta pandang pertama, Nur Afilah Amir Rusdi, 24, dan pasangannya Adama Mohamed Camara, 26, jejaka dari Guinea, Afrika Barat yang selamat dijabkabulkan pada Jumaat lalu.

Nur Afilah atau lebih mesra disapa Fila berkata, dia didekati suaminya semasa sedang menangis di sebuah kafe di Pavilion, Kuala Lumpur pada Disember lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Dalam hati ada 'taman', isteri dedah punca pengantin lelaki gugur air mata ketika cium dahinya

ARTIKEL BERKAITAN: Bukan tok kadi, pengantin perempuan terkejut abang posmen muncul minta 'sign' atas pelamin

“Saya terjumpa suami dekat Pavilion. Waktu tu saya sedang menangis sebab ada masalah sikit dengan teman serumah. Saya ni jenis kurang berkawan dengan orang.

Fila selamat dinikahkan dengan Adama pada Jumaat lalu. Foto ihsan Nur Afilah

“Kemudian dia tiba-tiba datang dekati saya ketika saya bersendirian. Dia pujuk Fila. Mula-mula rasa takut sebab saya seorang dan takut orang ambil kesempatan.

“Tapi bila tengok dia betul-betul ikhlas, saya terharu. Itulah kan kalau dah jodoh Allah akan hadirkan dia datang secara tiba-tiba,” katanya kepada mStar pada Ahad.

Menurut anak kelahiran Kampung Raja, Tunjang dekat Kubang Pasu, Jitra Kedah ini, hatinya terbuka untuk menerima Adama kerana dia memiliki ciri-ciri lelaki idamannya.

“Dia sangat baik hati, penyayang, penyabar dan bijak. Saya tertarik dengan dia sebab ada ciri-ciri lelaki yang saya nak. 

“Dia tak merokok, tak buat benda pelik-pelik, ilmu agama yang tinggi dan amat mementingkan keluarga,” katanya.

Malahan kata Fila, hatinya tersentuh melihat kesungguhan suaminya apabila mengajak dia pergi menunaikan umrah selepas dua bulan perkenalan mereka.

Pengantin bersama keluarga sebelah perempuan dan rakan Adama. Foto Aus Affan

“Lepas sebulan dua kenal dia ajak pergi umrah tapi sebab tak kahwin lagi saya cakap tak boleh. Jadi bermula dari situ kami merancang untuk kahwin.

“Saya call beritahu mak tapi sebelum tu saya dah pernah cerita dekat mak pasal suami. Mak cakap kawan elok-elok. Keluarga saya sangat sporting dan supportive,” katanya.

Anak kedua daripada empat beradik itu berkata, biar pun perkenalan singkat, urusan mendirikan rumah tangga mereka berjalan lancar dan mendapat restu keluarga.

“Bila merancang nak kahwin, saya bawa suami balik kampung. Dia pun terharu dengan layanan mak ayah saya.

“Kemudian dia tanya ayah saya dia nak kahwin. Ayah cakap selesaikan dokumen semua kahwin cara sah. Ayah sangat memilih dan garang. Kalau ayah setuju, saya percaya dengan pilihan dia,” katanya.

Ya Allah rasa beruntung sangat-sangat dapat Adama sebagai suami. Orang kampung pun suka. Apa-apa pun doakan saya dan Adama.

NUR AFILAH AMIR RUSDI.

Ditanya mengenai komen negatif netizen mengenai perkahwinannya dengan jejaka asing, Fila enggan ambil pusing perkara itu sebaliknya menganggap dirinya bertuah kerana menjadi isteri Adama.

Pengantin mengabadikan gambar bersama rakan-rakan mereka. - Foto Aus Affan

“Saya tak kisah apa orang cakap sebab saya tahu hati budi suami saya. Hanya yang rapat tahu hati budi Adama.

“Ayah Adama amat mementingkan pelajaran, al-Quran dah hafal dan belajar lima bahasa. Dia juga datang dari keluarga yang baik-baik. Alhamdulillah.

“Ya Allah rasa beruntung sangat-sangat dapat Adama sebagai suami. Orang kampung pun suka. Apa-apa pun doakan saya dan Adama,” katanya yang merancang untuk menunaikan umrah dalam masa terdekat bersama suaminya itu.

Dalam pada itu, Adama berkata dia tertarik dengan keperibadian dan kecantikan Fila.

“Perkara paling saya suka tentang Fila adalah kebijaksanaannya, cara dia berfikir dan dia juga baik hati.

“Kecantikannya juga tiada tandingan. Hakikatnya saya suka segalanya tentang dia. Saya melancong ke bermacam-macam tempat tetapi saya tidak pernah melihat wanita cantik sepertinya,” katanya yang melanjutkan pengajian peringkat Ijazah Sarjana (Master) di Universiti Sultan Zainal Abidin (UnisZa), Terengganu.

Artikel Berkaitan

Klik

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Semuanya di hujung jari anda... bawakan senyuman buat mereka yang kurang bernasib baik, itulah kempen Raya HLB

HONG Leong Bank dan Hong Leong Islamic Bank (HLB atau Bank) memperkenalkan kempen 'Jauh Di Mata, Dekat Di Hati' sebagai salah satu usaha membantu golongan kurang bernasib baik.

Check-out seleksi menyegarkan, menambah nikmatnya tradisi iftar... Kombo Cool Kathira, Cool Bandung memang berbaloi!

COOLBLOG Tradisi Cool Ramadan tampil dengan seleksi minuman Cool Kathira dan Cool Bandung.

Artikel Lain