suria

Video bilik penuh timbunan duit euro didakwa milik pengerusi kuil Batu Caves adalah palsu

SEBUAH video yang tular didakwa dikaitkan dengan Pengerusi kuil Batu Caves, Tan Sri R. Nadarajah, dalam sebuah bilik dipenuhi dengan duit mata wang euro bernilai €4 bilion, adalah tidak benar.

Video berdurasi 29 saat yang tersebar menerusi aplikasi WhatsApp itu, menunjukkan timbunan wang kertas €500 di atas troli, dan nilai mata wang lain.

Rakaman video tersebut turut menunjukkan sebahagian wang terbakar separuh, dengan sebahagian dindingnya mempunyai kesan terbakar.

Menurut keterangan bersama video di dalam pesanan WhatsApp memberitahu sejumlah €4 bilion ditemui di dalam kediaman seorang lelaki di Cameron Highlands.

Ia menambah, semasa polis tiba membuat pemeriksaan di rumah berkenaan, isteri kepada lelaki itu cuba membakarnya, tetapi gagal memusnahkan semua wang.

"Rumah ini milik Tan Sri R. Nadarajah. Duit merupakan sebahagian cukai kita, Jib (bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak) dan kroni-kroni," menurut keterangan itu.

Menerusi pencarian Google Reverse Image membabitkan video itu mendapati ia sebelum ini dikaitkan dengan penipuan Nigeria, membabitkan pemimpin-pemimpin yang didakwa rasuah di Nigeria, Cameroon, Itali malah senator Rusia, Rauf Arashukov, yang ditahan berhubung dakwaan mengarahkan dua pembunuhan. 

Menurut The Observers, sebuah program televisyen yang bergabung dengan agensi berita Perancis, France 24, video tersebut sebenarnya merupakan seni yang bertajuk "European Dream" di Madrid, Sepanyol oleh artis warga Sepanyol, Alejandro Moonge.

The Observers memberitahu video dirakamkan oleh seseorang yang mengunjungi festival Seni Madrid pada Februari 2018.

The Observers melaporkan bahawa Monge sedar mengenai pemasangan seni itu digunakan untuk menyebarkan dakwaan palsu, sambil menambah artis berkenaan memberi mereka seni itu merupakan 'komentar mengenai masyarakat moden dan bahagian semuanya berkisarkan tentang wang'.

"Saya percaya wang diagungkan dalam masyarakat kontemporari. Seni saya dihasilkan menggunakan 500,000 wang kertas palsu yang dicat," kata Monge.

Semakan lanjut oleh The Star mendapati terdapat susunan imej yang sama di dalam video, termasuk dinding yang terbakar, dipaparkan di akaun Instagram miliknya. - The Star

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!
R. Nadarajah, Batu Cabes, euro

Artikel Lain