RAKAMAN video suara tangisan seorang wanita di dalam ambulans mengundang rasa sebak warga maya.
Lebih menyayat hati apabila wanita itu dilihat merintih sambil memegang anaknya, Nurul Asyura Azizan yang hanya tinggal jasad ketika diambil dari rumah pengasuh.
"Asyura dah tak ada, aku peluk dia dah tak bernyawa, ya Allah Kak Teh.

Asyura disahkan oleh doktor telah lama meninggal dunia sebelum dibawa ke hospital.
"Macam mana aku nak kuat Kak Teh, aku tak kuat Kak Teh, anak aku dah tak ada Kak Teh," rintihnya sayu sambil ditenangkan Kak Teh [Tonton Video] dipercayai ahli keluarga terdekatnya.
Berdasarkan maklumat dari hantaran tular di Thread, bayi perempuan itu didapati tidak sedarkan diri di rumah pengasuhnya, Selasa.
Susulan itu, jasad bayi tersebut dibawa ke hospital untuk dibedah siasat bagi mengetahui punca kematian.
ARTIKEL BERKAITAN: Bayi 10 bulan meninggal dunia, tergelincir ketika hendak dimandikan pengasuh
ARTIKEL BERKAITAN: Bayi 4 bulan meninggal di taska tak berlesen - “Dunia akhirat saya tak maafkan”
"Esok pagi (Rabu) kami datang ambil awak ye sayang," demikian keterangan yang ditulis individu tersebut, dipercayai ibu saudara Nurul Asyura.
Dalam posting terbaharunya pada Rabu, dia turut memaklumkan bahawa ibu kepada bayi berkenaan mengalami bengkak susu semasa proses bedah siasat dilakukan.
"Jenazah akan dimandi dan disolatkan di Surau Muhibbah, Kajang, Selangor sebelum dibawa pulang ke Kampung Beting, Kuala Pilah, Negeri Sembilan," tambahnya tanpa memaklumkan tentang keputusan laporan bedah siasat.

Hantaran yang dibuat kakak kepada rakan ibu mangsa.
Terdahulu, seorang individu di laman Thread yang dipercayai kakak kepada rakan sekerja ibu mangsa mendakwa, bayi tersebut diambil dalam keadaan sejuk dan lembik dari rumah pengasuh.
Namun dia disahkan sudah lama meninggal dunia oleh pakar perubatan ketika mendapatkan rawatan di hospital.
Dalam posting berasingan, ibu bayi berkenaan yang menggunakan akaun @nsyqlla meminta warga maya mendoakan urusan berkaitan bedah siasat anaknya berjalan lancar.
Dia juga berharap dirinya dan suami kuat dalam menghadapi ujian tersebut.
- Video suara tangisan ibu dalam ambulans meratapi pemergian bayinya undang sebak warga maya.
- Bayi perempuan itu, Nurul Asyura, tidak sedarkan diri di rumah pengasuh sebelum disahkan meninggal.
- Jasad Asyura dibedah siasat untuk ketahui punca kematian.
- Ibu mohon doa agar urusan postmortem dipermudahkan dan keluarga tabah.
- Netizen titip kata semangat, doakan mereka kuat dan bertemu Asyura di syurga.
"Korang anak saya dah dekat syurga, minta jasa semua doakan urusan anak saya postmorterm esok (Rabu) berjalan lancar.
"Doakan saya dan suami kuat hadapi ujian Allah," luahnya sambil berkongsi wajah anaknya, Nurul Asyura Azizan.
Bagaimanapun tidak dinyatakan situasi dialami anaknya ketika berada di rumah pengasuh.

Warga maya memberikan kata-kata semangat kepadanya.
Dalam pada itu, warga maya menitipkan kata-kata sokongan dan turut bersimpati ujian yang perlu dilaluinya.
"Tiada kata nak memujuk hati ibu yang sedih melainkan ada sesuatu yang besar Allah simpan untuk kita di sana.
"Tengok ni, lepas tu anak demam pula... anak sakit pun kita rasa dada nak pecah, inikan pula hilang anak.
"Saya doakan awak sekeluarga tabah menghadapi ujian ini, semoga berjumpa Asyura di syurga," demikian antara kata-kata netizen.


