suria

Tertanya-tanya petrol mana paling jimat? Shell FuelSave 95 tawar perbezaan ketara, sekali isi pergi 15km lebih jauh

Shell merupakan pilihan pengguna yang mementingkan kualiti dan kelancaran pemanduan.

PELAKSANAAN mekanisme lengkap rasionalisasi subsidi RON95 membuatkan pengguna jalan raya mencari-cari bahan api yang terbaik untuk digunakan.

Sudah tentu setiap pengguna mahu lebih penjimatan dalam kos dan pada masa sama mengharapkan pengalaman pemanduan lebih lancar dengan prestasi enjin yang dipertingkatkan.

Bagi mereka yang masih mencari-cari jenama minyak petrol terbaik di pasaran, jom ikuti pandangan orang ramai tentang pilihan mereka.

Menerusi tinjauan mStar di sekitar Kuala Lumpur, pelbagai jenama bahan api yang ada di pasaran, disebutkan orang ramai.

Namun kebanyakannya menjadikan Shell FuelSave 95 sebagai pilihan utama.

Seorang wanita tanpa berselindung mengakui begitu selesa menggunakan petrol Shell bagi mendapatkan lebih penjimatan.

Malah katanya, penggunaan minyak petrol yang dipertingkatkan iaitu Shell FuelSave95 membolehkannya menempuh jarak perjalanan yang lebih jauh dengan setiap pengisian penuh.

"Minyak Shell FuelSave 95 memang jimat dari segi destinasi atau mileage," katanya sambil menambah penjimatan itu membantu mengurangkan beban sara hidup atau kos perbelanjaan harian.

Perkara sama turut dikongsikan seorang lagi pengguna yang mana petrol yang dihasilkan lebih berkualiti menjadi keutamaannya dalam membuat perbandingan.

Antara pengguna Shell FuelSave95.

Antara pengguna Shell FuelSave95.

Sebagai pengguna dia pastinya mempunyai persepsi bahawa setiap jenama memberikan hasil yang sama, namun sebenarnya Shell FuelSave 95 mempunyai kelebihan yang tersendiri dan terus menjadi pilihan kebanyakan 'orang lama' untuk pemanduan jauh.

Menerusi perkongsian seorang lagi pengguna, dia mendedahkan Shell menjadi pilihan bapanya untuk perjalanan jauh pulang ke kampung halaman mahupun apabila menunggang motosikal.

"Selalu nampak ayah akan ulang singgah stesen minyak jika dia isi jenama lain. Tapi kalau isi Shell, sekali je dan cukup, boleh pergi lebih jauh," tambahnya.

Malah seorang lagi wanita turut berkongsi cerita mengenai ibunya yang merupakan pengguna setia Shell sejak dia masih kecil.

Ini kerana, ibunya akan mencari stesen minyak itu terlebih dahulu kerana ia bukan sahaja menjimatkan dan sesiapa sahaja mampu mendapatkanya," katanya sambil menegaskan Shell FuelSave95 semestinya menjadi keutaman di mana-mana dan pada bila-bila masa. 

Sebagaimana persepsi dan keinginan orang ramai, minyak petrol Shell FuelSave95 telah dipertingkatkan dan memberi jarak perjalanan sehingga 15 kilometer (km) lebih jauh bagi setiap tangki penuh.

Dikenali sebagai peruncit bahan api terbesar dunia, Shell mempunyai lebih 45,000 stesen servis di seluruh dunia dan dikunjungi kira-kira 30 juta pelanggan setiap hari. 

Inovasi ini juga sejajar dengan janji pasukan Shell yang ternyata bersesuaian dengan keperluan pelanggan yang semakin berkembang. 

Bahkan ia diakui sendiri oleh Pemandu Paling Efisien di Malaysia, Chin Li Qin, 26, yang telah memecahkan rekod sebelumnya sebanyak 25.45 KM/L dengan mencatatkan perbatuan bahan api yang menakjubkan sebanyak 28.23 KM/L.

Pemuda dari Johor ini juga dinobatkan sebagai juara keseluruhan Shell FuelSave 95 Challenge 2023.

Ia sekaligus menepati kenyataan Pengurus Besar Mobiliti Malaysia, Seow Lee Ming berkaitan menikmati pemanduan kereta yang lebih lama.

"Shell FuelSave 95 memberi jarak perjalanan sehingga 15 km lebih jauh bagi setiap tangki penuh supaya pelanggan dapat menikmati pemanduan kereta yang lebih lama," ujar Pengurus Besar, Shell Mobiliti dan Kemudahan Malaysia, Seow Lee Ming. 

Bukan sekadar itu, beliau turut menyifatkan bahan api yang dipertingkatkan itu sebagai kejayaan pasukannya kerana dapat berkhidmat kepada komuniti setiap hari di lebih 1,000 stesen servis di seluruh negara. 

"Kami mahu terus menjadi rakan kongsi pilihan pelanggan di jalan raya, menyemarakkan semangat mereka sama ada memandu ke tempat kerja, perjalanan hujung minggu atau sempena cuti-cuti Malaysia bersama keluarga dan rakan-rakan," katanya.

Dalam situasi rasionalisasi subsidi RON95 dengan harga RM 1.99 seliter untuk rakyat Malaysia, Shell FuelSave95 membantu pengguna menikmati lebih penjimatan dengan jarak perjalanan sehingga 15 km lebih jauh bagi setiap tangki penuh, sekali gus mengurangkan kekerapan mengisi minyak serta menjimatkan masa dan kos harian.

Inovasi ini juga berlandaskan lebih lima tahun penyelidikan dan ujian meluas oleh 150 saintis bahan api.

Selain memberi lebih penjarakan, teknologi ini memberikan pembersihan yang lebih mendalam supaya enjin kekal bersih seperti baharu.

Ia juga memberikan perlindungan yang lebih baik untuk semua enjin daripada kakisan sekali gus melindungi bahagian kritikal dalam enjin lama, baharu mahupun jenis hibrid.

Maka tidak hairanlah pemilik memilih Shell FuelSave 95 sebagai bahan api utama kerana ia membantu memaksimumkan jangka hayat kenderaan dengan mengurangkan risiko kerosakan besar pada komponen enjin. 

Bahan api yang baik bukan sahaja memelihara enjin, malah melancarkan pemanduan dengan menghalang kakisan, mengurangkan ketukan serta bunyi bising, dan seterusnya mengurangkan geseran dalam sistem pembakaran dalaman.

Untuk maklumat lanjut, layari http://shell.com.my/FuelSave

Artikel Lain