suria

"Dah bercucu pun masih tak insaf" - Anak tahu bapa 'songsang' sejak kecil, ibu tetap jaga walau kena HIV

Luluh hati anak sebaik mengetahui bapanya mempunyai nafsu songsang. -Gambar hiasan AI

SEORANG wanita tidak menyangka, keluarga yang disangka normal seperti orang lain selama ini dibayangi dengan penipuan yang menjijikkan berpunca daripada bapanya sendiri.

Menerusi satu luahan di media sosial, dia mengimbas kembali saat dirinya masih kecil yang mana ibu bapanya kerap bergaduh dan tidur berasingan dalam tempoh yang lama.

Bapanya yang tidur bersendirian dilihat gemar menonton video lucah tanpa menyedari bahawa gerak gerinya diperhatikan anak. 

“Dari kecil aku dah pelik. Tapi bila remaja, baru aku jumpa kondom dan pelincir dalam beg kerja ayah. 

"Sebab ayah suka tengok video lucah, masa tu aku fikir mungkin ayah curang dengan perempuan lain," katanya.

Ketika menuntut di universiti, bapanya tiba-tiba jatuh sakit apabila dia muntah-muntah, hilang selera makan dan susut berat badan dengan drastik.

"Dalam empat hari ayah aku ditahan dan dia sendiri bagitahu aku yang doktor kata dia ada HIV. Macam nak gugur jantung aku. 

"Gelap dunia aku. Aku terus jijik nak tengok ayah. Aku pergi tepi koridor hospital kemudian menangis sekuat hati," katanya.

Dalam laporan perubatan yang ditemui kemudian, wanita itu mendapati punca jangkitan tersebut datang daripada perbuatan bapanya sendiri. 

“Aku tak tahu macam mana mak tahan. Mak tak pernah disentuh ayah, tapi masih tetap menjaga. Mak tak dijangkiti," katanya memaklumkan bapanya sembuh selepas konsisten menjalani rawatan. 

Wanita itu menyangka selepas sakit, bapanya sudah berubah tetapi kecewa apabila secara tidak sengaja menemui gambar lucah lelaki dan beberapa aplikasi tidak bermoral dalam telefon lelaki itu.

"Dah bercucu pun masih tak boleh ubah perangai dan insaf. Aku kalau jadi mak aku memang lama dah angkat kaki. Tapi mak aku ni penyabar, masih tidur asing sampai sekarang," katanya.

Tambahnya, sebelum berkahwin dia ada berkongsi tentang sikap bapa itu kepada tunangnya dan bersyukur lelaki yang menjadi suaminya kini dapat menerima mereka sekeluarga.

"Suami bagi sokongan dekat aku mental dan emosi. Pasa masa yang sama aku suruh suami aku berjaga-jaga dengan bapa mentua sendiri, takut buat benda tak senonoh dengan menantu pula," katanya.

Wanita itu mengakui masih dihantui ketakutan, terutama memikirkan masa depan ibu, adik-beradik, dan keluarga besarnya jika rahsia itu terbongkar.

“Allah masih menjaga aib ayah. Tapi aku takut satu hari nanti benda ni kantoi macam kes yang viral, baru-baru ni," katanya.

 

Artikel Lain