suria

“Sebelum pergi baba cakap Allah ada” - Isteri mangsa maut jatuh Jambatan Pulau Pinang reda hadapi ujian

Elmi (kiri) disahkan meninggal dunia pada Selasa selepas terjatuh dari Jambatan Pulau Pinang.

JASAD  lelaki yang dikhuatiri lemas selepas terjatuh di Kilometer 2.8, Jambatan Pulau Pinang pada Ahad malam akhirnya ditemukan pada Selasa pagi.

Berita sedih tentang pemergian Elmi Nur Zamani Aizat Abdul Azim, 25, itu dimaklumkan sendiri oleh isteri mangsa, Nurul Natasha Amyra Ishak, 19, di media sosial.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk proses bedah siasat.

"Pemergianmu sangat menyayat hati sayang. Tunggu saya dekat sana. Doa saya selalu mengiringi awak, cinta. Awak tak sakit dah dekat dunia.

"Allah tahu apa yang awak buat. Awak lelaki terbaik. Pergi awak tinggalkan amanah awak sayang, Al-fatihah," tulisnya dalam hantaran di TikTok.

Mayat Elmi Nur Zamani Aizat ditemukan pada pagi Selasa.

Sementara itu dalam perkongsian berasingan, Nurul Natasha Amyra berkata dia reda dengan apa yang berlaku.

"Itu ketentuan Allah. Sebelum nak pergi pun baba cakap Allah ada. Percaya sayang. Mama tahu bukan dengan niat awak buat benda macam ni.

"Apa orang nak cakap, mama terima dengan hinaan orang. Orang tak tahu apa yang baba lalui hari-hari. Orang tak akan tahu kecuali Tuhan.

"Mama sayang baba. Mama janji dengan baba... tak akan mungkiri awak, sayang," jelasnya.

Arwah Elmi Nur Zamani Aizat meninggalkan seorang balu dan dua anak lelaki.

Difahamkan, Nurul Natasha Amyra juga kini sedang hamil anak ketiga mereka.

Sebelum ini media melaporkan tentang seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas dipercayai terjatuh dari Jambatan Pulau Pinang di laluan pulau menghala ke Perai.

Turut ditemukan di tepi tembok jambatan ialah bungkusan plastik berisi pakaian, telefon bimbit dan sebuah motosikal Yamaha Y16.

Artikel Lain