suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Warga emas maut ditikam anak kandung, tak puas hati isu harta keluarga

Membunuh adalah satu kesalahan jenayah yang boleh dikenakan hukuman berat. -Gambar hiasan

SEORANG lelaki ditahan polis selepas didakwa menikam bapanya hingga maut di sebuah pangsapuri di Bandar Permaisuri, Selangor pada awal pagi Sabtu.

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Cheras, Superintenden Ridzuan Khalid, mangsa berusia 62 tahun itu ditemukan dalam keadaan tertiarap di ruang tamu rumah, dalam kejadian pada pukul 3.01 pagi itu.

Jelas Ridzuan, pihaknya menahan seorang lelaki berusia 24 tahun bagi membantu siasatan susulan laporan diterima

"Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Suspek kini direman sehingga 19 September (Jumaat)," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Siasatan awal mendapati pembunuhan itu berpunca daripada rasa tidak puas hati suspek berhubung isu harta keluarga. 

Ridzuan turut menambah bahawa bedah siasat terhadap mangsa akan dijalankan. -The Star

Artikel Lain